BRADER OUHSEM INC. THIS PICTURE IS COPYRIGHT TO BRADER OUHSEM INC. WELCOME THIS PICTURE IS COPYRIGHT TO BRADER OUHSEM INC.

Saturday, 14 December 2013

Become Officer

Assalamualaikum
and hye hye hye

last week aku telah terpilih untuk menjadi officer 
untuk SPE-UTM SC
(Society of Petroleum UTM Student Chapter)
officer tuh kiranya badan organizer la
wahh, tetiba ja ada jawatan dalam society nie kan
hew3~

nak tau apa jawatan aku?
jawatan aku dalam society nie adalah
Marketing and Publication Officer
kira macam bahagian multimedia and design la
tapi aku xla pro mana pun bab2 design nie
hahahaha

Bergaya tak? haha

Jadi model jap..hehe

Organization Board

ensem kan mamat kat atas nie
hohohoho

so, good luck to myself
all the best
dan jangan jeles okayy..

************

Friday, 11 October 2013

DSLR Nikon D60


Assalamalaikum
and hye hye hye

hurm, harini aku terpaksa merelakan
pemergian aset berharga aku
digital SLR D60

ahhh
nie semua gara2 nafsu semata-mata
nak guna duet punya pasal
terpaksa lepaskan dia
nie semua poyo~

tapi takda la menyesal sangat
sebab aku tak rugi apa2 pun
aku beli second hand dengan harga rm900
aku jual pun dengan harga rm900
untung kat aku la kan
dapat guna free
ahahahaha


rm900 ja..tunggu lagi? ramai nak nie


dan ada sebab laen
kenapa aku perlu dan patut jual..
alahai, segan plak nak gtau
haha

sebabnya ialah..
aku tak reti pun godek2 D60 nie
kebanyakannya aku amek auto
tapi aku tahu la nama2 penting
macam aperture, ISO, shutter speed, bla bla bla
cuma tak reti la nak setting

kawan cakap kena selalu expose ngan situation
dalam erti kata laen, kena selalu guna la
baru tahu setting2 yang tertentu
masalahnya, aku mana la nak ada masa lapang
takda masa nak layan tiap2 hari
dah la takda orang nak ajar
kalau ada geng takpa la jugak

so, aku terpikir
baek guna digital kamera ja
lagi senang beb
cepat, mudah and tak perlu pikir panjang
snap je ikut mode yang ada
ahhaha

lagi satu, DSLR nie kan besar gedabak
so, payah la nak bawak ke mana2
kalau digital kamera,
boleh ja masukkan dalam poket
tak perlu susah hati
kan..

jadinya..
bila aku tulis entry nie
baru aku tahu
aku sebenarnya tak bersedih pun
dengan kehilangan d60 tu
tapi cukup gembira
dapat balik 900 aku
esok nak gi usha Samsung Galaxy Camera
cam best ja
entah la
huhu

okay lah
sekian saja dari aku
salam takziah d60
semoga berjumpa lagi okayy
bye2

***********************


Tuesday, 1 October 2013

Menantu Yang Baik Adalah Orang Utara

Assalamualaikum
and hye hye hye

harini mai aku nak berpantun
hampa ingat hampa ja ka tera pantun
hihihi

Kain songket sangat ouhsem,
Pi juai memang sangat laku,
Ada sorang laki ni sangat hensem,
Sapa lagi tentulah aku..
ahahahaha


Orang tua2 kata kalau jodoh tak pi kemana,
Tak payah berebut sampai gadoh,
Aku orang serba sederhana,
Kot2 buleh jadi jodoh..


Aku bukan artis mahupun seniman,
Aku hanyalah insan biasa,
Harapkan hidup berteman,
Kekal bahagia sepanjang masa..


Lumrah manusia ingin berkasih,
Namun setiap yang datang pasti akan pergi,
Ana nak ucapkan terima kasih,
Lain kali mai blog nie lagi..

ahahaha
sekian saja kali ini
cebisan dan coretan dari Brader Ouhsem
Wassalam

*****************

Friday, 20 September 2013

Rempit with new LC135

Assalamualaikum
and hye hye hye

Pe kabor yop!
harini gua eksaited gila babeng beb
dapat jugak merasa ada moto sendiri
tapi moto biasa2 ja
Yamaha LC135
hehehe

model nie yang baru punya, 2013
aku beli dengan harga...jeng jeng jeng
tak leh bagitau
lain kedai lain harga beb

puas hati gak la pakai moto nie
walaupun moto biasa2 jaa
=P


pasni kalau kome2 semua nak jalan2 JB bagitau la
aku kasi sewa
wakakakaka

*************



Wednesday, 28 August 2013

Panas api neraka 70 kali panas matahari


Assalamualaikum
sahabat2 yang dikasihi oleh Allah
tahukah anda
matahari merupakan bintang terdekat dengan bumi 
dengan jarak purata 149,680,000 kilometer
dan mempunyai diameter 1,391,980 kilometer 
dengan suhu permukaan 5,500°C 
dan suhu teras 15juta °C
jenis batu atau logam apapun yang ada di bumi ini 
akan lebur pada suhu setinggi itu

Subhanallah!!
cuba bayangkan betapa panasnya cahaya matahari tersebut
tetapi pernah tak anda terfikir bahawa kepanasan api neraka
70 kali ganda dari kepanasan yang ada di alam ini



Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Kepanasan api kamu yang digunakan oleh anak Adam di dunia ini hanyalah sepertujuh puluh kepanasan api Neraka Jahanam." Sahabat-sahabat Baginda berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya sekadar itu pun cukuplah untuk menyeksa." Baginda S.A.W. bersabda: "Meskipun demikian, kepanasan Neraka Jahanam ditambah melebihi kepanasan api dunia sebanyak enam puluh sembilan bahagian yang tiap-tiap satunya seperti kepanasan api dunia ini."
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

Bayangkan kalau percikannya (sebesar lubang jarum)
sahaja pun sudah boleh menghancurkan seluruh alam ini.
Jadi bagaimana manusia hendak menghadapinya walaupun untuk 1/2 saat sahaja

Na'uzubillah
Semoga Allah jauhkan dan selamatkan kita daripada azab api neraka
Ameen

***************

Monday, 19 August 2013

Percutian ke Langkawi PART 2

Assalamualaikum
and hye hye hye

2 hari lepas aku dah update pasal percutian aku ke Langkawi
so, nak sambung untuk hari ke 3,4 dan 5
disebabkan tujuan aku datang ke Langkawi just lepak2 ngan membe
so, jadual jalan2 tak la pack pun
santai2 ja
=)

Tanggal 13hb Ogos bersamaan hari Selasa
macam hari sebelum nie, bangun lewat gak
ohohoho
then dalam kul 12tghari, si sufi nie ajak aku pi kenduri
ada kenduri jiran dekat2 umah dia
segan plak aku, tapi dah rezeki kan
alhamdulillah

lepas zohor, gerak ke cable car gunung mat cincang
tapi sebelum naik, kitorang bergambar jap kat tempat yang ada kapal2 tu





naek cable car nie kalau tak salah aku rm30 kot untuk dewasa
time kitorang pegi nie tak ramai pun pengunjung
so, taklah beratur panjang pun
=)





naminara garden nie dah macam kat korea dah

malam kitorang just lepak2 kat dataran helang ja
tengah malam balik umah
..huhu..





Tanggal 14hb Ogos bersamaan hari Rabu
kul 9 pagi gerak ke Pantai Tanjung Rhu
jauh gak daripada umah dia
yang nie pun lepak2 jugak
tak ada mood la nak mandi pagi2 kan
baru ja mandi kat umah
haha



lepas asar dalam pukul 5 petang kitorang gerak ke Pantai Chenang
pantai nie memang famous kat langkawi
sapa pegi langkawi memang sah akan lepak kat pantai chenang
motif kami pada petang tu bukan untuk mandi manda
tapi just nak tengok matahari terbenam
omputih sebut sunset
haha



opsss, selfie plak





malam tu malam last aku kat langkawi
esok tu da nak balik da
aktiviti last untuk esok just shopping
beli coklat banyak2
hew2~

Adik nie nama dia Hanni

nie pulak abg ensem namanya..hehe

hope dapat pegi lagi langkawi
hanya bajet rm200, dapat stay selama 5hari 4malam kat sana
tak ke untung camtu
so, cepat2 la korang carik membe yang dok Langkawi
senang sket nak jimat
wakakaka

okay la
sekian saja coretan kali ini
lain kali kita jumpa lagi noh
bye2

wassalam
*******************

Friday, 16 August 2013

Percutian ke Langkawi PART 1

Assalamualaikum
and hye hye hye

apa khabar warga siber sekalian?
kali nie nak update pasal percutian aku ke Pulau Langkawi
lama kott, 5hari 4malam
jangan jeles okayy

sebenarnya nie bukan percutian yang dirancang
sebab apa aku cakap camtu..
sebabnya..nie merupakan invitation daripada membe matriks aku dulu
dia ajak aku pi sana coz dia dok kat Langkawi
so, alang2 dah cuti, aku gunakan sebaiknya masa yang ada untuk melancong
walaupun duit poket time tu ada rm200 ja
tapi aku gagahkan jugak pegi sana sebab aku bukan dok hotel
bukan kena sewa keta bagai
tapi dok umah dia ja pun, pakai moto dia
so, taklah pakai duet banyak sangat kan
untungkan?
hew2~

Tanggal 11hb Ogos bersamaan hari Ahad
awal2 pagi lagi aku da gerak ke jeti kuala kedah
tiket feri rm23 untuk dewasa pukul 7.30
rasa tak best plak sebab gerak sorang2
tapi apakan daya, dah tak ada membe lain
..huhu..

sampai jeti kuah, aku terus call membe aku tu suruh amek aku
oh ya, nama dia Sufi
kat matrik dulu bilik dia dekat ja ngan bilik aku
tapi dulu tak pernah pun ajak aku gi Langkawi
tak apalah, rezeki aku hanya terdapat pada kali ini
syukurr~

tengah tunggu dia nak datang ambik,
aku jalan2 jap kat dataran helang
sebab dataran tu sebelah jeti ja
tak dapat amek gambar sebab sorang2 ja
T.T

kul 10 lebih dia sampai
bawak aku pergi umah dia
kat umah dia ada sorang lagi membe tengah tunggu
tapi, kitorang tak terus gerak
rehat dulu kejap sampai tengahari
then, kul 2 lepas zohor baru gerak pegi Island Hopping
harga untuk pakej Island Hopping yang kitorang amek ni rm25
pakej dia ada 3 pulau: Pulau Dayang Bunting,
Pulau Singa Besar, Pulau Beras Basah

yang nie pun aku tak ada gambar
sebab niat memang nak gi mandi manda
takut basah, so tak bawak plak kamera
huhu

kat pulau dayang bunting aku tak mandi pun
sebab taknak beli pelampung (tak reti berenang, tasik)
time kat pulau singa besar, kitorang dapat lihat banyak gila burung helang
teruja gak la..haha
haaa, then time kat pulau beras basah baru aku mandi
pantai dia okay la
mandi 30minit, pastu naek, takot hitam kulit
sebab time tu baru kul 4petang, panas derr
tapi kat situ ada ikan comel2
ikan ala2 nemo pun ada, cutenya
malam tak gerak mana2, masing2 letih
nengok tv ja lah

Tanggal 12hb Ogos bersamaan hari Isnin
masing2 bangun lewat, haha
so, petang kul 2 baru gerak pegi Galeri Tun Mahathir
atau lebih dikenali Galeria Perdana
harga tiket rm5 ja
kat sini ada ditempatkan koleksi hadiah dari pemimpin2 negara lain
kepada mantan Tun Dr Mahathir serta isterinya
sepanjang berkhidmat selama 22 tahun sebagai perdana menteri
ada 3 blok bangunan 3tingkat





malamnya kitorang pergi uptown kuah langkawi
tak beli apa2 pun
tengok2 ja
huhu

aku benti sampai sini dulu la
ponat eden monaip
sambung nanti pulak
nantikan kupasannya dalam PART 2 Langkawi
hahaha

sekian
*****************

Friday, 26 July 2013

Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum

Assalamualaikum
and hye hye hye

dengar cita result UPU da kuar
keputusan ipta lepasan stpm setaraf
tahniah kepada adik2 yang berjaya dalam permohonan
yang tak berjaya tu ada masa lagi untuk buat permohonan

tahun lepas bukak je result upu kul 12tengahari
terus aku check beb
eksaited and dup dap dup dap
finally, dapat jugak kos yang aku pilih
even I have no idea why I choose that course
=.="

Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum
Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Tenaga Diperbaharui
@
Bachelor of Petroleum Engineering
Faculty of Petroleum and Renewable Energy Engineering (FPREE)

sekarang dah genap setahun aku dalam kos nie
alhamdulillah result ok la bagi aku
even tak dapat dekan
bersyukur la
huhu

tapi pelik gak, asal ramai membe aku dapat dekan
hurm, nak kata kos nie senang, taklah senang mana
nak kata kos nie susah, pun tak jugak
kira fair2 la

so, kalau ade adik2 kat luar sana yang dapat kos nie
jangan takut jangan gelabah
just go on okayy
this is the great course 
and a lot of oppurtunity will come chasing you
yup, believe me my dear

sapa2 yang dapat program kat UTM Skudai
bole la contact aku ok
yang dapat UTP, UITM, lain2 tu bole pegi main jauh2 ok
..haha..

kalau gamba kat bawah nie tak clear, klik link nie---> Brochure Petroleum



Sekian lah entry kali nie
good luck junior2 ku sekalian
and happy holiday
bubye~
***********************

Thursday, 13 June 2013

Jana Pendapatan Dengan Cara Mudah dan Cepat

Assalamualaikum
and hye hye hye

hari aku dah cash out duit durian runtuh aku
bestnyaaa!!
nak beli moto la
jangan jeles okayy
hehehe

   
nantikan kupasan dari amranz masterpiece
sekian
wassalam

*********************

Thursday, 16 May 2013

Edisi Potpet: Bla bla bla dan bla..

Assalamualaikum...

Hurm, dah setahun aku belajar kat johor
and now, final exam dah dekat
just another 2 weeks more
tapi banyak lagi benda yang still blom settle lagi
..addoi..

tadi aku ada test, subjek fluid mechanics
aku bajet dapat la jawab semua soalan, xnak tinggal kosong
betul or salah laen cita la
sebab sehari suntuk gak la aku study benda alah tuh
tapi....mak aii, susah kot..
so, banyak gak la aku tinggal kosong..huh..
nie aku baru cita fluid mechanics
blom lagi subjek analytical chemistry
dua kali ganda susah kot
banyak gila nak kena baca+hafal
kalo dulu organic chemistry bole tahan lagi
tapi bila masuk bab analisis nie memang down syndrom la aku

seingat aku la kan, first test aku bulan lepas,
aku hanya mampu jawab 10 peratus je dari banyak2 soalan uh
yang laen aku tunggal kosong
tu pun yang berjaya aku jawab, ntah betul ntah salah
and sampai sekarang aku tak dapat balik paper test uh
so, xtau la markah aku berapa
kawan yang laen pun sama gak
sob..sob..sob

aku agak mesti sebab dosa aku banyak gila
otak aku pun dah kena block. slow, lembab, loading, and sewaktu dengannya
memang susah la nak terima ilmu
aku masok kuliah pun tido je weyh
kalau x tido mesti aku termenung
terok betol la
and lagi satu aku nie last minute jugak orangnya
semua benda mesti nak delay gak
dah tu bila sampai due date baru la nak gelabah
stress, tension memang confirm la kan..

hurm, walaupun aku dah tau masalah utama aku nie,
tapi still xleh nak ubah la.. berat nanang guh
tuh baru ilmu dunia.. yang ilmu agama, ilmu akhirat lagi terok
padahal ilmu agama nie la yang lagi penting
wajib uh tuntut ilmu agama
masyaAllah

so, ape yang aku kena buat sekarang ialah muhasabah diri or motivasikan diri.. 
jadi bila kita muhasabah diri, kita akan menggunakan akal yang Allah kurniakan kat kita nie, 
mengajak berfikir tentang kebesaran Allah, berfikir tentang nikmat yang Allah bagi kat kita.. 
buat apa kita nak sombong ngan Allah kalau semua yang kita miliki nie adalah kepunyaan Allah.. 
Allah la tempat kita bergantung, Allah juga sebaik-baik peneman.. 
hasbunallah wa ne'mal wakeel.. 
semoga Allah bagi hidayah kepada kita semua 
untuk mengamalkan perintah dan suruhanNya sebaik mungkin.. 
berdoalah supaya amal ibadat kita diperbaiki dan diterima oleh Allah S.W.T.. 
ameen
*******************

Monday, 29 April 2013

Program Sukarelawan UCTC

Assalamualaikum
and hye hye hye

semalam berlangsungnya satu program kolej
yang dinamakan Program Kesukarelawanan UCTC@68
bertempat di Gelang Patah
program nie under apa aku taktau la
aku join pun last minit ja
tu pun sebab dapat makan free
hihihi

but seriously program nie boring yang teramat sangat
perasmian dia tanam pokok
ada pertandingan mewarna bagi kanak2
pastu ada ucapan panjang lebar dari wakil rakyat Gelang Patah
sempena PRU yang bakal tiba
(jangan salah faham, aku tak campur urusan politik)
lastly karaoke oleh makcik2 yang dah lanjut usia
urghhh, nyesal datang

aku yang paling cumil..nampak tak..haha

aku tak tahu apa function aku kat situ
aku balik dengan 1001 soalan
lol sangat

the end

*********************

Thursday, 25 April 2013

Hiking Gunung Belumut di Kluang, Johor

Assalamualaikum
and hye hye hye

dua hari lepas iaitu pada 23hb April, aku pegi hiking Gunung Belumut
Gunung ni berlokasi di Kluang, Johor
aktiviti 2 hari 1 malam nie adalah under kelab ko-Q aku
iaitu kelab........

FITNESS!!
ahahaha
fit la sangat
workout pun malas

total yang pergi seramai 24 orang termasuk lecturer sorang, Mr Black
semua lelaki, no women
perempuan takyah nak fit sangat la kan
ahahaha

sedikit info:
Gunung Belumut adalah gunung kedua tertinggi kat Johor selepas Gunung Ledang
ketinggiannya mencecah hampir 1,010 meter dari aras laut
oh yeahh~




seriusnya abg nie pasang khemah..hew2~



start mendaki dah
nie hari kedua
=)







aku suka pic nie..awesome~


ekceli kan, aku kena belajar cara senyum yang ikhlas



nie la hero2 ekspedisi belumut


expedisi gunung belumut menjadi kenangan manis buat aku
walaupun letih gila nak mampos
tapi puas hati sangat2
next time tawan gunung laen plak
Gunung Ledang maybe
insyaAllah
sekian

*************************
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...