BRADER OUHSEM INC. THIS PICTURE IS COPYRIGHT TO BRADER OUHSEM INC. WELCOME THIS PICTURE IS COPYRIGHT TO BRADER OUHSEM INC.

Friday, 18 April 2014

Duit Melayang Setengah Ribu Di Mahkamah Johor Bahru

Assalamualaikum..

hurm
semalam berlakunya tragedi dimana duit aku kena kebas
nak tahu berapa?
bukan sikit kot, rm500 beb
setengah ribu!!

nak tahu camna kisahnya?
story dia camnie...
kes nie adalah lanjutan daripada kes 15Feb yang lepas
dimana aku ngan membe aku kena saman kat Jusco Bukit Indah!!
kena saman tau, bukan kena samun
huwaaaaa~~

klik bawah nie..
#flashback#

aku kena pegi mahkamah kat JB pada tarikh 15Mei
tapi disebabkan 15Mei aku dah berada di Beijing, China
so, tarikh tersebut telah ditukarkan kepada 17April
iaitu semalam la

awal2 pagi lagi aku da gerak sana
dalam kul 7.30 camtu la
sebab dalam kertas saman tulis kul 8.00am
sampai sana dah ada orang yang tengah menunggu
so, aku pun duduk la kat seat sambil2 membina ayat..
ayat nak merayu supaya saman dikurangkan..

tunggu punya tunggu
dekat kul 9 baru la pintu tu terbuka
addoii, gila punya lama nak tunggu
hangin jugak weyy

then, bila dah masuk dalam
kena serahkan surat cinta saman tu kat pegawai yang jaga
dan dia akan panggil seorang demi seorang untuk perbicaraan
ada yang datang ngan kes kemalangan,
kes xdak lesen memandu,
macam kes aku nie cukai ngan insurans moto tamat

then, bila dah nama aku kena panggil
dup dap dup dap..
aku pun pegi la kat depan
kemudian dibacakan kesalahan aku oleh pendakwaraya
pastu aku disoal "adakah kamu mengaku bersalah?"
aku pun mengaku la bersalah
then pendakwaraya tu menyebutkan amount maximum
"kamu didapati bersalah dengan 2 kesalahan: mempunyai cukai jalan yang tamat tempoh
dan tiada insurans. Kamu boleh dikenakan denda maksimum rm1000 atau penjara 1 tahun"
then disoal lagi "adakah kamu ada sebarang rayuan?"
aku pun cakap la,
"saya ingin merayu supaya denda dikurangkan kerana saya masih lagi seorang pelajar"

tok~tok~tok~
kedengaran bunyi hakim hentak meja dengan tukul
dijelaskan bahawa denda aku adalah rm500
then aku dibawa keluar untuk bayar saman kat kaunter luar
kat bawah nie haa resit dia

nasib kau la labuuu

kan dah melayang setengah ribu!
rm500 nie cukup duit belanja makan aku selama 2 bulan tau
sakit pulak atie aku
tapi nak buat camna
nasik da jadik buboq
moga menjadi pengajaran dikemudian hari
dan juga sebagai satu pengalaman 'manis' dalam idop aku
aku hado, kau hado??

******************







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...