LightBlog

Saturday, 28 June 2014

Esok dah puasa!

Saturday, June 28, 2014 0
Assalamualaikum
and hye hye hye

harini last day untuk bulan syaaban
esok dah start puasa
Ahlan wasahlan ya Ramadan
bulan yang penuh dengan keberkatan
dan ganjaran daripada yang Maha Kuasa

jom kita ambil peluang nie untuk beribadat sebanyak-banyaknya
tadarus alQuran, doa, zikir, solat malam, sedekah
dan lain2 lagi

Tips hadapi Ramadhan

tapi bukan time bulan Ramadan ja kita berubah tau
sebab ada orang dah jadi adat
bila datang ramadan baru nak bukak quran,
baru nak sedekah, baru nak pegi kuliah agama
baru nak itu ini
*aku la tu

patutnya kita istiqamah dan berterusan
sebab salah satu tanda amalan kita diterima
ialah kita dapat berterusan buat sesuatu amalan
jadinya, bulan ramadan nie kita didik dan latih diri kita
untuk tunduk dan patuh perintah Allah
sehingga keluar ja daripada bulan Ramadan,
maka kita masih mampu beramal soleh

semoga Ramadan tahun ini
dapat menerangi kegelapan rohaniah kita
serta membersihkan hati kita daripada sifat2 mazmumah
wallahua'lam bissowab

sekian
****************


Thursday, 26 June 2014

Lepak'ing Movie'ing

Thursday, June 26, 2014 0
Assalamualaikum
and hye hye hye

semalam baru ja lepas jumpa membe time kat matrik dulu
nama dia Azuan
lama sangat dah tak nampak muka dia
lagipun bosan gak dok kat umah tak buat apa2
cuti dah seminggu dah
si azuan nie baru ja cuti
Utem memang lambat cuti kan? hahaha

dia dok jitra ja, aku aloq setaq
30 minit ja dari umah aku
ada jugak geng nak melepak kan
aku memang  tak ramai kawan
naseb baek Azuan tak menghampakan aku
wahahahaha

tempat yang menjadi target kitorang ialah...
Alor Star Mall
sampai sana terus terjah cinema
tengok cita apa best
aku serba salah nak pilih
takut azuan tak suka plak nanti
so, muvi yang dia pilih ialah...
'How To Train Your Dragon 2'
best woo cita nie

bagi aku semua yang ada kat cinema tu best2 ja
Maleficient, Z Storm
tapi Transformers yang baru tak kuar lagi
midnight lepas kul 12mlm baru ada


so, untuk cita nie aku bagi 9/10
sebab cita merangkumi
friendship, love, action, responsibility
and bnyak lagi nilai2 positive
daripada dok tengok cita blockbuster yang dedah aurat sana sini
baek lagi nengok cita nie
ye dak?

hurm, sentuh tentang friendship nie
banyak benda boleh kupas bab sahabat nie
depend on kita nak pilih sahabat camna
bagi aku orang yang kita kawan tu boleh mencerminkan diri kita

contoh macam aku ngan azuan
kitorang sama2 pendiam,
sama2 pemalu, tak banyak cakap
banyak simpan rahsia
suka berimaginasi
and tinggi kitorang pun lebih kurang ja
so, persamaan tersebut mewujudkan satu kondisi yang selesa
selasa untuk berkawan
sebab masing2 faham

sebab tu aku dapati diri aku tak ngam
ngan membe2 aku yang suka kuar malam
gi karaoke, smoking la, maen snoker

Imam Syafi'e ada bagi nasihat:

"Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, karena aku akan merasa senang. Semakin banyak aku mendapat sahabat, maka aku semakin percaya diri."




jom tengok pandangan Imam al-Ghazali plak:
Menurut Imam Ghazali, sahabat sejati ada 12 sifat. Jom buat checklist.

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. 



so, konklusinya
sayangilah sahabat anda selagi dia masih ada
kadang2 kita tak sedar yang ada orang ambek kisah pasal kita
selalu ambil tahu perkembangan kita
ibu bapa kita pun kadang2 terlepas pandang dengan kita
terutamanya bila kita berjauhan ngan parents
macam2 kita buat tanpa pengetahuan parents
eksiden pun taknak bagitau parents
*aku la tuu*

tapi, apa yang aku bahaskan nie just my typical thinking
tak payah la nak hadam semua
buang yang keroh, amek yang jernih
selagi bole pakai otak
selagi akal masih waras
buatlah keputusan yang terbaik

sekian saja celoteh
amranz masterpiece
wassalam

**********************



Friday, 20 June 2014

Cuti akhir sem dah

Friday, June 20, 2014 0
Cuti akhir sem dah
Assalam
and hye hye hye

sewaktu menaip nie
aku dah ada kat umah dah
baru sampai semalam..penat..
teka aku balik naek apa?
jawapannya adalah...
moto kesayangan aku!

selatan ke utara beb
johor balik kedah
tapi aku singgah dulu umah kakak aku kat bangi
tidoq satu malam
hari rabu pagi johor ke KL
then hari khamis pagi KL ke Aloq Setaq

lambat sket sampai aloq setaq
sebab aku melencong pegi teluk batik kat perak
tidoq jap 3,4 jam kat tepi pantai
then baru sambung balik perjalanan ke A.S
hew3~

sekian
****************


Sunday, 1 June 2014

Edisi Potpet: Exam Dah Dekat!

Sunday, June 01, 2014 0
Edisi Potpet: Exam Dah Dekat!
Assalamualaikum
and hye hye hye

burung merpati terbang tinggi,
tinggi lagi burung garuda,
musim peperiksaan tiba lagi,
tapi persediaan langsung tiada.

hehe
sekali sekala berpantun
best gak kan

hurm, dah nak dekat final exam dah nie
sekarang aku berada di sem ke4
tengok result2 yang lepas taklah membanggakan
tapi okay la bagi aku

sem nie tak tahu la camna
susah2 gak subjek yang aku ambek sem nie
paling susah subjek reservoir rock properties
perghhh, banyak gila aku ketinggalan
kes ponteng kelas la nie
second subjek susah adalah fortran
fortran nie programming la
aku masuk kelas tak paham2 jugak
haishhh

so, good luck la for myself
all the best
sebelum aku mengundur diri
nak buat lagi satu pantun lah
hehe

BraderOuhsem sangat segak,
kacak bergaya dia punya rupa,
study, study jugak,
perintah dan suruhan Allah jangan lupa.

heeee~
okay lah
sekian

********************