Tuesday, 8 July 2014

Warkah buat sahabat bernama IMAN

Tuesday, July 08, 2014 0
IMAN
Assalamualaikum

Kehadapan sahabatku yang dirindui, IMAN
ketika aku menulis warkah ini
aku berada dalam resah gelisah
dan kebimbangan yang amat dahsyat
betapa perlunya aku kepadamu.

IMAN, engkau adalah nadi keyakinanku
engkau juga adalah kekuatanku
tanpa engkau,
aku bagaikan hilang kemanusiaan,
hilang harga diri dan maruah

Seringkali engkau berpesan
supaya jangan diturutkan si NAFSU
kerana si NAFSU itu sangatlah degil
tapi kerana lebih sayangkan NAFSU
acapkali aku tidak mempedulikan engkau
maafkan aku...

Sekarang, engkau telah menghilang
kemanakah engkau?
merajukkah engkau denganku?
Disaat engkau tiada
barulah aku sedar,
bahwa aku sangat2 perlukan engkau,
aku ingin akan nasihatmu
aku rindu akan tegahanmu.


Wahai IMAN,
kembalilah kepadaku
masuklah kedalam hatiku selama-lamanya
jangan pernah berpisah lagi
kerana...

Aku mahu mati bersamamu,
aku mahu kau mengikutku
melangkah bersama denganku
ke alam barzakh
ke alam kubur
kerana aku percaya
engkau mampu selamatkan aku
daripada pertuduhan
kufur kepada Sang Pencipta

Wahai IMAN
Ketahuilah
aku amat bimbang akan engkau
aku kasih pada engkau
datanglah menemaniku
jangan biarkan aku lalai dengan duniawi,
jangan biarkan aku menjadi hamba kepada dunia
dan tanpamu,
aku menjadi buruk, hina
dan celaka di Padang Mahsyar kelak

Yang benar, amran
(bakal jenazah)

Saturday, 5 July 2014

Syaitan Vs Nafsu

Saturday, July 05, 2014 0
Assalamualaikum
and hye hye hye

Tahukah anda?
nafsu sebenarnya adalah lebih kuat dari syaitan
ini kerana, syaitan hanya mampu membisik dan bagi idea
tapi yang merancang plan adalah nafsu kita

otak kita akan interpret dan menghasilkan satu lintasan
maka nafsu kitalah yang akan meyakinkan tentang plan projek tersebut
maka terzahirlah action atau tindakan
yang berlandaskan nafsu semata-mata

sebab itulah
dalam bulan Ramadan
walaupun iblis dan syaitan telah dirantai
tapi kita tetap cenderung untuk buat maksiat
tetap tak dapat nak khusyuk dalam solat
tetap bersangka buruk dengan orang
betol tak?

bila datang bulan puasa, orang selalu cakap
"puasa dapat melemahkan nafsu dan syahwat"
bukan bulan puasa ja, bahkan puasa sunat sekalipun
nafsu akan menjadi lemah kalau berpuasa
ini bermaksud, nafsu sebenarnya adalah kuat


jawapan daripada UAI

syaitan tak dapat nak baca fikiran dan isi hati kita
bila azan syaitan akan lari
bila seseorang itu ada wuduk, ada ayat pelindung,
syaitan akan menjauhkan diri
tapi nafsu kita?
bolehkah kita nak halau nafsu kita
supaya pergi jauh2?
ia tetap ada dalam diri kita

Dalam sebuah kitab yang dikarang oleh "Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, 
seorang ulama' yang hidup dalam abad ke X111 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya 
Allah telah menciptakan akal, maka Allah telah berfirman yang bermaksud:
 "Wahai akal, mengadaplah engkau".
Maka akal pun mengadap kehadapan Allah kemudian Allah berfirman yang bermaksud:
"Wahai akal, kembalilah engkau..!!”  lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud:
 "Wahai akal, siapakah aku..?" Lalu akal pun berkata:
 "Engkau adalah tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hambamu yang daif dan lemah". Lalu Allah berfirman yang bermaksud:
"Wahai akal, tidak akau ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau".

Setelah itu Allah pun menciptakan nafsu dan berfirman:
 "Wahai nafsu, mengadaplah kamu". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. 
kemudia Allah berfirman:
 "Wahai nafsu, siapakah engkau dan siapakah aku..?" Lalu nafsu berkata:
 "Aku adalah aku dan engkau adalah engkau.."
Setelah itu Allah menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun,
dan kemudian Allah mengeluarkannya. 
Kemudian Allah berfirman yang bermaksud:
 "Siapakah engkau dan siapakah aku..?" Lalu nafsu berkata:
 "Aku adalah aku dan engkau adalah engkau.." 
Lalu Allah menyiksa lagi nafsu di dalam neraka Juu' selama 100 tahun. 
Setelah dikeluarkannya maka Allah berfirman yang bermaksud:
"Siapakah engkau dan siapakah aku..?"
Akhirnya nafsu itu mengakui dengan berkata: "Aku adalah hambamu dan kamu adalah Tuhanku..".
..................

degil kan nafsu nie?
setelah dihumban kedalam neraka beratus tahun
masih angkuh dan sombong
setelah diseksa lama2,
barulah dia mengaku Allah itu penciptanya

nafsu itu merubah yang putih jadi hitam
yang baik jadi jahat
yang lurus jadi bengkok
yang ada akal jadi macam takda akal
yang ada ilmu jadi macam takda ilmu
nafsu sentiasa memberontok

jadi antara jalan penyelesaiannya
selain berpuasa melemahkan nafsu,
ialah dengan kita mendekatkan diri dengan Sang Pencipta
iaitu Allah SWT
cuba mencari ketaatan dalam suasana agama
tanpa agama, hidup bukan lagi mengikut jalan yang lurus
sebaliknya jalan yang sesat dan dimurkai Allah
nauzubillah

cubalah untuk menentang nafsu
kerana orang yang menentang nafsu samalah dengan JIHAD
iaitu jihad melawan hawa nafsu
nafsu yang dimaksudkan adalah syahwat
yang terus menerus menuntut kepuasan
orang lain tak dapat nak handle melainkan diri kita sendiri

semoga Allah bagi taufiq dan hidayah kepada kita
agar dapat kita menepis jalan2 maksiat
sekaligus memperbaiki kualiti hidup kita

wallahua'lam

**************************