BRADER OUHSEM INC. THIS PICTURE IS COPYRIGHT TO BRADER OUHSEM INC. WELCOME THIS PICTURE IS COPYRIGHT TO BRADER OUHSEM INC.

Sunday, 19 October 2014

Pemimpinkah Kita

Sumber: Google.com

Bila ustaz2 cakap mengenai pemimpin yang zalim,
mesti kita terus teringat seseorang kan?
tapi bukankah kita juga pemimpin?

- pemimpin isteri dan anak2
- pemimpin adik2 & keluarga
- sekurang2nya memimpin diri sendiri

Nabi SAW bersabda, "Kamu semua adalah pemimpin dan setiap kamu kelak akan ditanya tentang kepimpinan, ketua adalah pemimpin, kaum lelaki adalah pemimpin kepada ahli keluarganya, kaum wanita adalah pemimpin dan penjaga rumahtangga suami dan anaknya, oleh itu setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya". Bukhari dan Muslim

 Oleh itu lihatlah diri kita sendiri
adakah kita pernah menzalimi anak isteri kita
adakah kita pernah menzalimi keluarga dan sahabat handai kita
dan adakah kita pernah menzalimi diri kita sendiri

Kalau jawapannya 'pernah'
maka kita adalah pemimpin yang zalim
sedang kita sibuk munuding jari terhadap pemimpin itu ini
tak sedar pulak diri sendiri adalah pemimpin yang zalim



Setiap manusia diberi tanggungjawab mengikut kedudukan masing2
Sejauh manakah kita faham dan sedar akan tanggungjawab kita?

Moga Allah ampunkan kita semua

********************************


Friday, 17 October 2014

Kenapa Perlu Tutup Lampu Sewaktu Tidur


Sumber: Google.com


KENAPA RASULULLAH MENYURUH MEMATIKAN LAMPU KETIKA HENDAK TIDUR ?

Dari Jabir bin Abdullah, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Matikanlah lampu-lampu di waktu malam jika kalian hendak tidur dan tutuplah pintu-pintu, bejana serta makanan dan minuman kalian.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mengapa Nabi Muhammad SAW menyuruh tidur dalam gelap?  Apa kebaikannya?

Sesungguhnya Rasulullah SAW diberikan oleh Allah SWT kelebihan yang tidak dianugerahkan kepada kepada manusia biasa.  Amalan dan kata-kata Rasulullah SAW adalah wahyu yang mempunyai kebenarannya. 

Kajian mendapati tidur dalam keadaan gelap dapat meningkatkan penghasilan melatonin.  Kenapa kita perlukan melatonin yang secukupnya?

Melatonin adalah penting bagi tubuh kita kerana ia memainkan peranan penting dalam mengawalatur fisiologi badan bagi menjaga kesihatan fizikal dan minda. Di antara fungsi melatonin ialah:

1. Mengawalatur tidur dan meningkatkan daya ingatan
2. Membantutkan pertumbuhan tumor kanser
3. Memperbaiki sistem imun badan.
4. Mengawalatur tekanan darah.
5. Fisiologi retina.
6. Mengawal mood dan kelakuan
7. Sebagai antioksidan yang kuat bagi melawan radikal bebas dalam badan.
8. Mengawal proses penuaan. 

Oleh kerana terdapat perkaitan rapat antara pengeluaran melatonin, di mana pengeluaran melatonin sangat kurang dalam cahaya terang, sebaik-baiknya kita elakkanlah penggunaan lampu yang terang dalam jangkamasa yang lama pada waktu malam (seperti semasa tidur malam). Ini bagi membolehkan melatonin menjalankan fungsinya dengan berkesan.

Melatonin dikeluarkan oleh kelenjar pineal yang hanya aktif ketika matahari terbenam atau gelap. Di waktu itu pineal secara aktif mengeluarkan melatonin yang kemudian dilepaskan ke dalam darah. Selepas melatonin memasuki  seluruh tubuh, ia akan menjalankan tugasnya bagi memperbaiki keseimbangan kimia, membina sistem kekebalan tubuh, mengatur kadar gula dan sebagainya.


Semakin gelap bilik tidur, makin baik kerana ia akan menghasilkan jumlah melatonin paling optimum di dalam tubuh. Dan jika tidur dalam gelap ini diamalkan setiap hari dengan jumlah tidur antara 6-8 jam, kita pasti akan  lebih segar pada setiap hari. 

Seorang biologi, Joan Roberts mencari rahsia setelah melakukan percubaan pada haiwan. Ketika haiwan tersebut diberi cahaya buatan pada malam hari, melantoninnya (salah satu hormon dalam sistem kekebalan yang mampu memerangi dan mencegah berbagai penyakit termasuk kanser payudara dan kanser prostat) menurun dan sistem kekebalan tubuhnya lemah.
Manakala ahli biologi Joan Robert mengatakan tubuh dapat menghasilkan hormon melatonin ketika tidak ada cahaya.

Cahaya lampu termasuk pancaran TV menyebabkan hormon menjadi sangat lelah. Sebaliknya, keadaan malam yang gelap diam-diam bekerjasama dengan tubuh. Hanya dalam keadaan yang benar-benar gelap tubuh menghasilkan melantonin.

Sebaliknya, tidur dengan lampu menyala di malam hari menyebabkan pengeluaran hormon melantonin terhenti. Sinar cahaya saat kita tidur menjadikan kualiti tidur kita kurang baik, ini kerana sinar tersebut masih berperanan sebagai perangsang stimulator kerja otak.

Secara ilmiah, cahaya yang ada dalam bilik tidur akan menembus sampai bahagian mata kita walaupun dalam keadaan terlelap, sinar tersebut akan memasuki bilik stimulator yang nantinya direspon oleh otak.

Dengan kata lain walaupun mata kita terpejam, tetapi jika ada cahaya yang bersinar maka otak kita akan bekerja untuk bertindak balas atau mengartikan cahaya yang masuk tersebut.

Tidur yang berkualiti di malam hari merupakan usaha pengoptimuman dalam detoksifikasi untuk meneutralkan toksin yang mengontaminasi tubuh. Detoksifikasi tubuh, terjadi terutama pada hati, tercapai optimum saat tidur. Mekanisme tersebut berkaitan erat dengan diproduksinya antioksidan sebagai penetral toksin.

Pada tidur yang berkualiti, detoksifikasi hati dapat berjalan optimum, khususnya dalam pembentukan asid amino glutathione sebagai antioksidan yang meneutralkan stres oksidatif dan radikal bebas.

Dengan mematikan lampu ketika tidur malam hari, bukan hanya menjimatkan tenaga tetapi juga meningkatkan kesihatan tubuh.

Pengamal kesihatan yang lain, Lynne Eldridge MD yang juga penulis buku 'Avoiding Cancer One Day At A Time' juga menuliskan perempuan buta 80 peratus lebih kecil terkena risiko kanser payudara berbanding rata-rata perempuan lain. Diduga faktor hormon melatonin yang banyak ditubuhnya kerana penglihatan yang gelap membuatnya punya daya tahan tubuh yang lebih tinggi.

Pentingnya tidur malam hari dengan mematikan lampu baru-baru ini juga diteliti oleh para saintis dari Inggeris dan Israel. Penyelidik mendapati ketika cahaya dihidupkan pada malam hari, boleh menyebabkan ekspresi berlebihan dari sel-sel yang dikaitkan dengan pembentukan sel kanser.

Para saintis mendakwa jika seseorang terbangun di malam hari dan menyalakan lampu selama beberapa saat, maka boleh menyebabkan perubahan biologi yang mungkin mengarah ke kanser.

Dr Rachel Ben-Sclomo dari University of Haifa menyatakan orang-orang yang bangun di malam hari disyorkan untuk tidak menyalakan lampu. Kami percaya bahawa setiap kali menyalakan cahaya buatan pada malam hari akan mempunyai kesan pada biologi tubuh, kerana ini adalah mekanisme yang sensitif. 

Dr Rachel menambah bahawa ini adalah penemuan terbaru dan masih sebatas penelitian pendahuluan. Namun kini ia dan pasukan tengah menganalisa wilayah ini secara lebih terperinci. Keputusan ini juga telah dilaporkan dalam jurnal Cancer Genetics and Cytogenetics.

Kelebihan Solat Tahajjud Malam


Fadhilat Solat Tahajjud

Yang memang menjadi kelemahan kita adalah doa. Dengan berdoa kita menzahirkan kelemahan diri dan kekuatan serta kekuasaan Allah SWT. Dengan doa barulah segala usaha kita akan ada roh. Nasihat orang-orang tua kita, bagi setiap satu kati usaha buatlah sepuluh kati doa. Da'ie2 sepatutnya menghabiskan masa satu jam setiap hari dlm berdoa. Setelah penat berusaha tidak pula kita berdoa, segala usaha kita akan jadi sia2. Dakwah dan doa tak dapat dipisahkan.

Kata Mehji Mehrab:
" Ummumi gasht, khususi gasht, bayan dan sebagainya adalah jasad. Doa seperti roh. Bila ada roh barulah amalan tadi ada manfaat. Oleh itu selepas tiap usaha berdoalah kepada Allah. Doa dengan angkat tangan adalah bentuk. Apa yang keluar dari mulut adalah lafaz. Hakikat doa ialah apa yang didalam hati. Kalau dalam hati ada fikir, Allah SWT akan terima walaupun tanpa lafaz."
Kata Maulana Ubaidullah:
 " Doa sangatlah penting. Dalam memulakan amal dan menyelesaikan amalan hendaklah berdoa. Puasa, solat dan haji bermula dengan doa dan disudahi dengan doa. Sesiapa yang tidak berdoa, dia telah pergi ke arah yang salah."
Kata Mufti Zainal Abidin:
" Doa adalah amalan yang Allah sukai. Doa yang tidak harus dilupakan ialah doa yang difardhukan oleh Allah. Dalam solat kita baca Al-Fatihah 17kali satu hari. Doa hidayah difardhukan oleh Allah. Doa-doa lain adalah mustahab dan masnun. Allah fardhukan kita doa hidayah agar manusia faham hidayah itu penting. Walaupun seorang kaya macam firaun tetapi tiada hidayah, dia tak dapat apa-apa. Walaupun satu orang, tiada satu zarah pun tetapi dia ada hidayah dialah orang yang berjaya"
Kata Hadzratji:
" Di malam hari berdoalah kepada Allah agar kita dicurahi hidayah, juga untuk orang tempatan, seluruh ummah dan manusia amnya. Andai kita tidak berdoa maka usaha kita tidaklah sempurna dan segala penat lelah kita tidak akan berjaya. Jika dakwah dan doa dijalankan usaha kita akan berjaya. Gunakan malam untuk berdoa atas usaha disiang hari ".
Orang-rang tua kita di Mewat, apabila esok ada ghast, dimalam hari mereka bangun berdoa sambil menangis-menangis:
" Ya Allah, esok ialah hari ghast kami. Ini kerja Nabi sedangkan kami tidak tahu hendak buat usaha ini. Tolonglah kami. Berikanlah hidayat, berikanlah kesan. Saya lemah Ya Allah. Saya jahil Ya Allah. Benar-benar saya tidak tahu, berikanlah saya hikmah, kekuatan dan kesabaran ".
Demikianlah wahai saudara semua, betapa pentingnya amalan doa. Doa di dalam tahajjud pula adalah amalan sahabat. Di siang hari mereka di atas kuda, di malam hari mereka di atas sejadah. Cubalah tidur dengan penuh adab dan niat tahajjud. Dan sebelum tidur bacalah kelebihannya lagi dan lagi.

Ada satu lagi amalan yang diajarkan oleh orang-orang alim, untuk bangun tahajjud di waktu yang mustajab, bacalah ayat Quran dari surah Al-kahfi iaitu 4 ayat terakhir yang bermula dari ayat innal-lazi-na-amanu atau selepas membaca ayat tersebut, niatkan pukul berapa hendak bangun. InsyaAllah ianya terbukti mujarab.

Kata Jibril a.s : Tidak syak lagi kebesaran seorang mukmin adalah didalam tahajjudnya. Kemuliaannya adalah dalam keredhaannya dan kesabarannya.

2 rakaat solat ditengah malam adalah lebih berharga dari dunia dan seisinya kekayaan. Andai kalau tidak aku takut menyusahkan ummatku nescaya aku mewajibkannya.

Teruskanlah solat tahajjud kerana ia adalah perjalanan orang-orang yang soleh dan cara mendekati Allah SWT. Solat di tengah malam amatlah dihargai tetapi amatlah sedikit bilangan orang yang mengerjakannya. Solat Tahajjud menjauhkan dosa, menyebabkan dosa terampun, meyihatkan kesihatan badan dan dapat menghilangkan penyakit dari tubuh badan.

Seseorang yang solat 2 rakaat bersendirian dengan tidak sesiapapun kecuali Allah dan para malaikat~Nya sahaja yang melihat dia, api neraka tidak akan menyentuhnya.

Allah SWT sangat hampir sekali dengan para hambanya di akhir malam.

Kehormatan dan kemuliaan seorang mukmin adalah didalam solat tahajjudnya.

Menurut Shaqiq Balkhi rah. seorang ahli sufi dan wali Allah yang masyhur berkata," Kami mencari lima perkara dan menemui perkara-perkara itu melalui lima amalan,
  1. Keberkatan rezeki melalui Solat Dhuha
  2. Cahaya di dalam kubur didapati melalui Solat Tahajud
  3. Jawapan terhadap Soalan Munkar dan Nakir melalui membaca Al-Quran
  4. Mudah melintasi titian sirat didapati melalui berpuasa dan bersedekah
  5. Mendapat Naungan di bawah Arasy Ilahi melalui mengingati Allah S.W.T dalam keadaan bersunyi diri.

Allah SWT suka melihat 3 perkara:
  1. Sebarisan orang yang bersolat berjemaah
  2. Seorang yang sibuk dengan solat tahajjud di tengah malam
  3. Seorang yang berjuang dijalanNya
Di antara wasiat Allah SWT kepada Rasulullah SAW semasa Baginda naik mikraj ialah:
" Selalulah solat tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu adalah beserta tahajjud."

Friday, 10 October 2014

All Of Me Lyrics by John Legend




LYRICS

What would I do without your smart mouth?
Drawing me in, and you kicking me out
Got my head spinning, no kidding, I can't pin you down
What's going on in that beautiful mind
I'm on your magical mystery ride
And I'm so dizzy, don't know what hit me, but I'll be alright

[Pre-Chorus:]
My head's under water
But I'm breathing fine
You're crazy and I'm out of my mind

[Chorus:]
'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you, oh

[Verse 2:]
How many times do I have to tell you
Even when you're crying you're beautiful too
The world is beating you down, I'm around through every mood
You're my downfall, you're my muse
My worst distraction, my rhythm and blues
I can't stop singing, it's ringing, in my head for you

[Pre-Chorus:]
My head's under water
But I'm breathing fine
You're crazy and I'm out of my mind

[Chorus:]
'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you, oh

[Bridge:]
Give me all of you
Cards on the table, we're both showing hearts
Risking it all, though it's hard

[Chorus:]
'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you

I give you all of me
And you give me all of you, oh

Thursday, 9 October 2014

Poster Design

 Event hari sabtu nie
nantikan update from me
wait yaa...
=)




Banner ni nampak kosong
tak tahu nak letak apa
Hurm, ok la kan daripada semak
haha

*****************

Ummaland Ganti Facebook?

Assalamualaikum


Anda2 semua dah pernah dengar pasal Ummaland?
Haaa, aku baru tahu tadi
terus aku register buat account sendiri
Macam pesbuk jugak la Ummaland nie
cuma lebih Islamik sebab untuk orang Islam sahaja
nice kan


So far aku rasa benda ni aku tak pakai kot
Saja syok2 register
Just hairan kenapa aku baru tau benda nie wujud
padahal sejak 2013 dulu lagi
hahaha

*************************

Thursday, 2 October 2014

Bekok Waterfall, Sungai Bantang, Johor

Assalamualaikum
and hye hye hye


haaaaa
menarik kan gambar kat atas nie
ni pic kat air terjun Bekok
kat Labis, Johor

aku pergi dengan member2 aku
tapi sebab nak menjaga sensitiviti
aku tak bole upload gambar mandi-manda
sebab semua mandi tak pakai baju
termasuk la aku
tak proper plak kan
ahahaha




Okay, got to go
Assalam

********************

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...