BRADER OUHSEM INC. THIS PICTURE IS COPYRIGHT TO BRADER OUHSEM INC. WELCOME THIS PICTURE IS COPYRIGHT TO BRADER OUHSEM INC.

Saturday, 29 November 2014

10 Orang Solatnya Tidak Diterima Oleh Allah SWT


Rasulullah saw bersabda : " Islam dibina di atas lima perkara ; bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah , menegakkan solat .... " ( HR Bukhari dan Muslim ) .

Sebagai seorang Muslim tentu sudah faham bahawa solat merupakan tiang agama. Oleh kerana itu, ketika muadzin mengumandangkan azan, kaum muslimin akan bergerak mendatangi rumah-rumah Allâh Ta'ala, mengambil air wudhu, kemudian berbaris di belakang imam mereka. Kaum muslimin tenggelam dalam dialog dengan Allâh Ta'ala dan begitu khusyuk menikmati solat sehingga imam mengucapkan salam. Selepas selesai berjemaah, masing-masing kembali pada aktivitinya.

Imam Hasan al-Bashri rahimahullâh pernah berkata: "Wahai anak manusia. Solat adalah perkara yang dapat menghalangimu dari maksiat dan kemungkaran. Jika solat tidak menghalangimu dari kemaksiatan dan kemungkaran, maka hakikatnya engkau belum solat".

Dalam kesempatan lain, Rasulullah saw juga bersabda: " Barang siapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya. " ( Tabyinul Mahaarim ).

Kemudian Rasulullah saw juga bersabda bahawa: "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah swt, di antaranya :

1 . Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2 . Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3 . Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4 . Orang lelaki yang melarikan diri.

5 . Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya ( taubat ) .

6 . Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7 . Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8 . Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9 . Orang-orang yang suka makan riba' .

10 . Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. "


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : " Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah swt dan jauh dari Allah. " Hassan r . a berkata : " Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk .

Thursday, 20 November 2014

Fakta Sains Kelebihan Solat Berjemaah

Sumber: Google.com

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Tenaga yang mengalir di tubuh badan

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Oleh sebab itulah kita digalakkan untuk mendirikan solat sunat Tarawih sepanjang bulan Ramadhan ini untuk mengembalikan cas-cas tenaga yang hilang setelah seharian penat berpuasa.. MasyaAllah.. begitu besar hikmah setiap apa yang diperintah oleh Allah swt serta apa yang disyariatkan di dalam Islam.. Subhanallah.. Renung-renungkanlah..
AllahuAkbar!!!


Wednesday, 19 November 2014

7 Jenis Wajah Mayat Dalam Kubur


1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata, menghina, mengkritik dan mengumpat orang tanpa ada alasan yang kukuh.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.


SEKADAR PERKONGSIAN..
Allahu Rabbi! Kisah Benar Ular Tunggu Mayat Di Dalam Liang Lahad | Suatu cerita benar yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah.. Kisah Benar…, kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukan yang datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya,Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur.

Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna hitam sebesar paha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).

Subhanallah … keadaan ular tersebut amat mengerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) .

Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.

Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan msk meluru ke dlm kubur wanita itu.

MasyaAllah (seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur).

Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu …

Subhanallah.. Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah.

Tuesday, 18 November 2014

Miracles of Allah: Gambar Close Up (Macro)

"Is not He (best) Who created the heavens and the earth..."(Quran, 27:60)
Pernahkah anda2 semua teliti gambar-gambar micro atau close up? Kalau anda2 semua teliti betul-betul memang ianya sangat mengagumkan. Lebih-lebih lagi gambar micro hidupan-hidupan seperti binatang dan tumbuh-tumbuhan semula jadi. Kalau tengok daripada mata kasar memang tak berapa nampak. Tapi sekarang kan dah ada macam-macam jenis kamera disertai dengan pelbagai jenis lens yang canggih. 

Jadi, fokus kat sini ialah, apa tujuan kita melihat gambar2 cenggini? Saja-saja kah? Sepatutnya, semua perkara yang melibatkan pancaindera kita, haruslah berbalik kepada Sang Pencipta. Sepertimana kereta, moto, televisyen yang mempunyai pencipta, begitu jugalah alam yang maha luas ini. Apa gunanya pancaindera yang Allah kurniakan ini jika tidak gunakan dengan sebaiknya untuk mensyukuri nikmat yang diberi dan memuji penciptaan Allah? 

Jadi, jom sama-sama kita lihat beberapa keping gambar yang sangat menakjubkan hasil perkongsian rakan-rakan alam maya. Let's take a deep look.














Yang ni gambar snowflake (salji). Cantik kan? 
Ok yang ni pic feveret aku.. awesome sangat!

Subhanallah! Sangat mengagumkan. Memang sangat luar biasa. Ini baru sikit. Ada banyak lagi yang kita tidak pernah lihat sebelum ini. Ada yang kita langsung tak mampu lihat. Contohnya hidupan-hidupan yang hidup jauh beribu kilometer di dasar lautan. Only Allah knows, rite? Allah knows everything. Penglihatan kita terbatas. Sejauh mana kehebatan ciptaan manusia, sejauh mana kecanggihan teknologi yang manusia ada, langsung tak mampu nak tandingi kehebatan Allah yang maha mencipta segala-galanya. Hebat kan?

****************************


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...