LightBlog

Sunday, 17 May 2015

Edisi Potpet: Rawatlah Hati

Sunday, May 17, 2015 0

    Kebiasaannya aku lebih suka mendengar luahan perasaan orang lain daripada meluahkan apa yang terbuku dihati aku. Sejujurnya aku seorang yang bersifat perahsia, tak mudah untuk berkongsi cerita pada orang lain. Tapi aku bukanlah seorang penasihat yang baik. Mendengar sahaja boleh lah. Tapi rasanya tak mampu nak tolong orang lain selesaikan masalah atau kerunsingan yang dihadapi. Aku bukannya pakar kaunseling atau consultant yang boleh kasi idea atau solusi yang bernas. Cumanya, apabila sesuatu hal yang melibatkan pengalaman aku, boleh la aku kasi tips cadangan. So, kalau ada member bukak topik pasal hal rumahtangga, aku rasa aku masih belum yakin nak suarakan pendapat. Tapi kalau dalam bab percintaan alam remaja, insyaAllah aku akan cuba termampu aku untuk memberi pendapat. Manusia ni bila berdepan masalah, fikiran akan terganggu, emosi kelaut, tindakan tak berapa terkawal. Jadi elok la kalau waktu ini ada sahabat yang boleh bagi nasihat. Walaupun simple sekalipun, tetap amat bermakna dan membantu bagi yang terganggu emosinya.

Tapi sejak dua menjak ni, aku rasa aku perlukan tempat untuk luahkan masalah aku. Disebabkan aku seorang yang perahsia, jadi aku perlukan seorang sahabat yang betul-betul aku percaya dan yakin boleh bimbing aku. Semua orang ada masalah kan? Baik lelaki mahupun perempuan. Masalah percintaan, masalah pelajaran, masalah kesempitan wang, dan bermacam-macam lagi. Jadi masalah yang aku hadapi ini lebih kepada masalah akhlak dan moral yang mana akan memberi kesan besar kepada kehidupan seharian aku. Aku rasa hati aku ni dah rosak, pecah, hancur berkecai. Cewahh. Masalah hati ni sangat sukar dan rumit nak atasi melainkan dengan pengisian rohani seperti ilmu agama, iman, dan amal. Dan masalah hati ini jugak sebenarnya yang akan menyebabkan masalah lain timbul seperti tak dapat jaga solat dengan sempurna, berhasad dengki, bersangka buruk, mendekati maksiat, dan banyak lagi. Jadi, masalah hati sebenarnya adalah akar tunjang kepada masalah yang sedia ada. Kalau kita cepat-cepat rawat hati, maka insyaAllah daun-daun pohon akan sihat dan segar. Daun yang rosak sudah tidak ada lagi, gugur seperti gugurnya dosa-dosa lampau. Maka terhasil lah pokok yang kuat, gagah, besar, tiada penyakit. Dan indahnya lagi apabila terhasil buah-buah iman yang manis dan ranum.

Kalau dari aspek agama, kesemua masalah atau beban yang ditanggung semuanya adalah ujian yang mana datangnya daripada Allah S.W.T. Tak lain dan tak bukan adalah untuk menguji hambanya dalam mentaati hukum dan peraturanNya. Keimanan dan kesabaran adalah teras yang penting sewaktu menghadapi ujian. Yakinlah bahawa Allah tak akan membebankan seseorang itu melebihi kemampuannya. Semuanya Allah dah aturkan baik-baik, sangat sempurna, dan sudah tentu ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Orang yang redha akan qada dan qadar, pastinya memiliki kehidupan yang tenang tenteram, aman damai, dan tidak akan sesekali putus asa dengan rahmat Allah yang Maha luas ini.

Pernah dengar tak cakap-cakap orang yang mengatakan bahawa “Allah bagi ujian tu tandanya Allah sayang kat kau la tu”. Apa sebenarnya penerangan yang jelas mengenai Ujian Tanda Allah Sayang? Apa yang aku tahu, bilamana kita menghadapi sesuatu masalah atau kesulitan, kita mesti teringat pada Allah dan berdoa memohon pertolongan. Kalau tak ada masalah, jarang sekali kita nak menangis merayu pada Allah. Jadi maksudnya disini Allah hadirkan ujian sebab Allah rindu nak dengar suara kita merintih. Logikkan? Yang menariknya lagi setiap ujian, masalah, kesusahan, kepayahan, keperitan, kesakitan, Allah bayar dengan pahala kebaikan, jika seseorang itu redha atas takdir ketentuan, ikhlas dan sabar menghadapinya. Contohnya jika seseorang itu demam walau hanya semalaman pun, Allah akan gugurkan dosa-dosa kecilnya. Allahuakbar. Baiknya Allah kan. Ini baru demam, kalau kepayahan dalam menuntut ilmu? Kesakitan mempertahankan agama? Kesedihan menerima berita kehilangan orang tersayang? Yakinlah bahawa semua itu ada hikmah. Yang penting pohonlah pertolongan kepada Allah dengan Sabar dan Solat. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan Allah. Allahumma ameen.