BRADER OUHSEM INC. THIS PICTURE IS COPYRIGHT TO BRADER OUHSEM INC. WELCOME THIS PICTURE IS COPYRIGHT TO BRADER OUHSEM INC.

Saturday, 25 July 2015

Edisi Potpet: Peristiwa Semalam


21 Julai 2015

Termenung. Teringat peristiwa semalam. Hampir menjadi arwah. Tapi syukur Alhamdulillah Allah masih sayangkan aku. Masih lagi dipanjangkan umur.

*********

         Kereta perodua kancil dipandu laju. Sahabat baikku, Mus sedang asyik memegang stereng sambil menghayati lagu rock kapak yang kedengaran di corong radio. Aku berada disebelah sahabatku. Mata dah lali mintak dipejamkan. Mana tidaknya, jam dah pukul 4 pagi. Perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur kali ini mengambil masa yang agak lama. Mungkin kerana sesak di beberapa laluan menuju ke ibu kota. Maklumlah, masing-masing hendak pulang ke kota untuk menyambung pekerjaan setelah beberapa hari beraya di desa. Aku cuba sedaya upaya untuk tidak lelap demi untuk menemani sahabatku memadu kereta. Namun, aku tewas.  Mata tertutup rapat.

Tiba-tiba aku terjaga dan terus menjadi panik apabila melihat kereta sudah hampir ke tepi jalan melepas garisan putih. Ya Allah! Aku terus mencuit siku sahabatku yang kelihatan matanya sudah lali dan hampir terpejam. Lalu dia betulkan kembali stereng. Jantung aku berdegup kencang. Alhamdulillah Allah kejutkan aku. Alhamdulillah.

“Hoi, kalau kau mengantuk berhentilah dulu”. Aku memberi cadangan.
“Okay, kita berhenti di R&R kejap lagi” dia membalas.

Jauh lagi sebenarnya untuk sampai ke R&R yang terdekat. Dalam 20 kilometer dihadapan. Sambil dia meneruskan perjalanan, aku sekali lagi cuba sedaya upaya aku untuk terus bertahan daripada tertidur. Namun, sekali lagi aku gagal. Untuk kedua kalinya aku terjaga apabila menyedari kereta sudah rapat ke ‘divider’ yang berada di tengah jalan. Untuk kedua kalinya juga sahabatku terlelap sambil memegang stereng! Allahuakbar. Cepat-cepat aku pusing sedikit stereng untuk jauhkan kereta dari ‘divider’. Sahabatku tersentak dan dengan segera memacu kembali kereta yang hilang kawalan seketika tadi. Ya, Cuma seketika, sedetik. Namun mampu meragut nyawa kami. Alhamdulillah, untuk kedua kalinya Allah bantu kami. Sahabatku itu terus buat keputusan untuk berhenti di tepi jalan dan tidur. Aku mengangguk setuju.

*********

Apa yang aku cuba sampaikan disini bukanlah nak cakap aku hebat ke ape. Akan tetapi aku hendak memberitahu bahawa Allah yang bersifat Maha Penyayang telah menyedarkan aku dari tidur ketika kecelakaan hampir mengunjung tiba. Subhanallah! Allahuakbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...