LightBlog

Saturday, 28 November 2015

My First Time Boat Noodle At Sutera Mall


Assalamualaikum

Sawadikapp.. Kap kum kapp.. Eh? Kenapa tetiba cakap siam nih. Hahaha.. Ceritanya semalam membe ajak gi makan kat Boat Noodle yang berlokasi di Sutera Mall, Johor. Actually, ini adalah kali pertama aku jejak kaki kat Restoran Boat Noodle ni. Sebelum ni tak pernah lagi makan kat sini.

Cubaan makan mee menggunakan chopstick

Menu yang ada adalah Patumthani Beef/Chicken Thai Rice Noodle dan Ayutthaya Beef/Chicken Thai Rice Noodle. Keempat-empat jenis mee ni masing-masing berharga RM1.90 semangkuk. Murah ke? Tak jugak sebab ciput je mee dia letak. Sebab tu memasing order lebih dari 1 mangkuk. Haha

Kitorang order semua keempat-empat jenis mee. Nak merasa la katakan. Hehe. Air pulak aku order Thai Iced Green Tea (RM6.90) manakala member aku order Ice Blended Thai Coffee (RM8.90)

 Slurpppp~

For your info, meja kat Restoran ni bersaiz kecil. Jadi kalau korang order banyak-banyak memang birtingkat-tingkat la dia susun atas meja. Membe aku cakap order sikit dulu, nanti kalau nak lagi boleh je tambah. Sebab kalau order sekaligus, makanan cepat sejuk. Tak besh la kan makan mee yang dah sejuk.


 Dah siap balun beberapa mangkuk mee
Haaa, cuba teka berapa mangkuk mee yang berjaya ditelan? Haha. Aku makan 5 mangkuk aje, member aku 6 mangkuk. Ekceli boleh aje kalau nak tambah lagi. Cuma...sedar diri yang duit tak la berapa banyak. Kalau free boleh je 10 mangkuk pun. Kakakaka

 Ini dia resit pembayaran
So, total semua adalah Rm40.85. Harga 11 mangkuk mee beserta 2 air minuman. Puas hati jugak la. Still bole makan lagi next time. Ataupun next time cuba menu yang lain pulak selain mee. Hoho

Meh aku kongsikan kat korang cawangan yang berjaya menapak di Malaysia:

1. Empire Damansara (G03a, Heritage Lane)
2. The School at Jaya One
3. Ikon Cheras (G Floor)
4. Berjaya Times Square (Level 2)
5. Publika (Block C5, Level G3, Lot30a)
6. Sutera Mall, Johor Bharu (L2-550C)
7. Gamuda Walk, Kota Kemuning
8. Klang Parade (5th Floor)
9. D'Pulze,Cyberjaya

Untuk maklumat lebih lanjut boleh cekidaut di Facebook  |  Instagram  |  Website

No comments:

Post a Comment