BRADER OUHSEM INC. THIS PICTURE IS COPYRIGHT TO BRADER OUHSEM INC. WELCOME THIS PICTURE IS COPYRIGHT TO BRADER OUHSEM INC.

Monday, 4 January 2016

All About My Internship With PETRONAS Sdn. Bhd.


Lets The Story Begin..

Beberapa bulan yang lepas, aku menjalani latihan industri di Kuala Lumpur. Malam ni baru sempat nak update sebab sangat sibuk dengan pelajaran. Ni pun baru je habis final exam. Baru la sempat nak bermanja-manja ngan blog. Objektif penceritaan adalah sebagai perkongsian buat sahabat-sahabat di luar sana. Tak kira la korang dalam industri minyak&gas atau tak, boleh je hadam rasanya.

Syarikat yang baik hati ambik aku praktikal ialah PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. Bermacam-macam perasaaan bercampur baur sewaktu nak mulakan praktikal. Gembira, cuak, takut semua ada. Gembira sebab berjaya dapatkan tempat untuk berpraktikal. Cuak sebab time tu still have no idea what will happen. Aku intern sorang-sorang je beb kat situ, mestilah nervous gila b**i. Member aku ade kat department lain daa. Ber-huhuhu la aku sorang-sorang. Huhu

Rumah Sewa
Sepanjang berpraktikal, aku tinggal kat hostel UTM-KL, Setapak. Nama kolej kediaman ialah Kolej Siswa Jaya (KSJ). Pada mulanya aku dengan member-member cadang nak carik rumah sewa area pusat bandar. Yelah, ada lebih kurang 6 orang yang dapat praktikal kat area KL (KLCC, Menara Dayabumi, G-Tower). Tapi sangatlah susah nak dapatkan rumah sewa area KL dengan bayaran berpatutan. Mahal semuanya. Jadi, sorang membe ni bagitau dia nak sewa kat KSJ aje. Bayaran RM150/sebulan per head. Murah kan? Aku okay je la. Cumanya, dah dok hostel ni, kena la ikut peraturan kolej.

Check It Out!
Aku ingat lagi malam sebelum nak start praktikal, kitorang pergi tinjau-tinjau dulu lokasi yang sepatutnya dengan harapan taknak sesat keesokan harinya. Haha. Naik train dari Lrt Sri Rampai ke Stesen KLCC.




Bermulalah Sesi Latihan Industri..

Hari pertama tak ada benda kena buat pun, Hanya perlu report duty dan apply kad akses. Lepas dah report duty, sesi berkenalan dengan staff-staff yang ada kat department aku. Ouh ya, aku dapat kat department Development and Operations, Unconventional Energy Division, Upstream International. Staff kat sini sebut Team Uncon je. Nanti aku story kat korang ape itu Unconventional. Nak google sendiri boleh jugak, silakan. Ahha

Oh ya, the exact location adalah di Tingkat 53, Menara 3 Petronas (Tower 3). Sebelah je ngan KLCC.

Ni la Menara 3 Petronas, sebelah KLCC je
My access card

Hari berlalu dengan perlahan. 3 bulan dirasakan sangat lama. Banyak jugak yang aku belajar. Tapi lebih kepada pengetahuan la. Soft skill kureng. Sebab soft skill ni kena ada motivasi dari diri sendiri barulah dapat develop. Kalau setakat imaginasi dan angan-angan je lebih, tak kemana la kan. Maksud aku kat sini soft skill perlu ada training. Tapi selama aku buat praktikal kat sini, aku rasa susah untuk develop soft skill tersebut. Nanti aku terangkan apa faktor-faktor yang menyebabkan kemahiran lembut ni tidak dapat dibentuk. Yang pastinya ia adalah kelemahan diri aku sendiri.





Apa Maksud Upstream dan Downstream?

Maksud Upstream dalam industri petroleum ialah proses Exploration & Production (E&P). Dalam bahasa melayunya ialah Pencarian minyak/gas dan juga pengeluaran minyak dari bumi. Manakala Downstream pulak ialah proses selepas Upstream tadi iaitu proses penapisan minyak mentah (refinery) untuk dijual kepada customer.

Jadi, untuk kegiatan Upstream, mereka hanya mencari dan mengeluarkannya sahaja. Tidak ada proses yang dilakukan ke atas minyak dan gas yang dijumpai. Hasil petroleum yang belum diproses dinamakan Crude Oil.  Selepas diproses (Downstream) barulah terhasil Petrol yang kita guna untuk kenderaan kita, diesel, kerosene, pelincir, LPG (tong gas) dan sebagainya.


Acah-acah busy je ni
Join meeting Field Development Plan


3 Core Value That My Boss Told Me (Technical, Leadership, Mindset)

Baiklah, sekarang nak kongsikan kat korang apa yang Boss aku terapkan kat aku. Ia lebih kepada nilai dan juga konsep yang kita perlu praktikkan. Pertama, technical knowledge. Yang ni aku dapat sangat banyak waktu praktikal. Rakan sekerja banyak bercerita dan berkongsi apa yang diorang tahu. Diorang banyak bagi tunjuk ajar. Then, banyak kali jugak aku join meeting diorang. Meeting sesama diorang dan juga meeting dengan orang atasan.

Yang kedua ialah Leadership. Yup, this is very important. Sangat agree. Nak jadi seorang yang berkaliber, haruslah ada sifat leadership. Leadership bukan bermaksud jadi boss, bukan bermaksud suka mengarah orang, tapi leadership adalah kau pandai manage something, well plan, make good decision, dan juga mempunyai network yang baik. Tak terer speaking english tak apa, asalkan konfident dengan apa yang korang cakap dan luahkan. Cara nak jadi konfident ni salah satunya yang aku belajar ialah 'being resistant' iaitu korang ade sifat argue dan suka berbahas. Bahasa mudahnya adalah degil. Korang tetap pertahankan idea dan cadangan korang. Tapi jangan over plak, nanti orang menyampah. Kena give and take lah. Kau kasi pendapat, kau pun kena dengar pandapat orang lain. Bukan asyik kau aje yang betul. Ye dak?

Yang ketiga ialah Mindset. Yang ni pun sangat penting. Mindset adalah cara kau berfikir dan buat keputusan yang terbaik. Contoh paling mudah, kalau kau fikir kau tak boleh buat, memang kau tak boleh buat la. So, tanamkan fikiran yang positif dan membina supaya lebih bersemangat. Seterusnya kau kena lah set kan goal untuk kerja yang kau buat. Bukan relationship goal ye. Bukan jugak gol bola sepak. Tapi adalah goal target untuk korang mencapai milestone korang. Haruslah ada target kan.


Sekitar Hari Terakhir Praktikal

Hari terakhir aku masuk kerja dah macam boss pulak. Datang lewat dalam kul 9 lebih. Sebab dah tahu dah hari last ni takde kena buat pape pun. Nak kena terminate email temporary aku, pastu pulangkan kad access kat bahagian security, lastly pegi bahagian sponsorship kat tower 1 ambil sijil resign completion. Sijil tamat latihan. Ahha


yup, aku tahu aku nampak kurus time ni. mekasih
Boss belanja. hehe
haa ape lagi, celebrate laaa (location: Kg Baru)



Alhamdulillah, tamatlah sudah latihan industri aku. Bestnyee. Tapi aku sedar bahawa aku masih belum exposed to the real industry. Ni baru sikit. Tu pun malas-malas taik kuceng. Perlu lagi banyak improve kalau nak survive dalam industri petroleum ni. Lagi-lagi sekarang ni kan harga minyak jatuh. Effect yang sangat banyak kepada fresh grad yang baru tamat belajar. But dont worry baby, rezeki Allah ni luas. Jangan risau lah.

Sekian saja dari Kecikk. Assalamualaikum


21 comments:

  1. Well then . Goodluck ! . In shaa Allah , Efforts definitely has their prize . Ganbarou ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you so much. goodluck for you too. all the best in your life =)

      Delete
  2. meriahnya..done follow anda ya

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. hurmm, just cite the good side.. bad side x cite pun. bak kata pepatah buang yang keroh amek yg jernih. ahha

      Delete
  4. You course ape ye ? How you apply intership kat sini ?

    ReplyDelete
  5. You course ape ye ? How you apply intership kat sini ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kos petroleum engineering. apply kat website boleh. If ade kenalan or sedara, boleh mintak no HR diorang atau suruh je kenalan tolong recommend dan serah resume ke tgn HR itu sendiri =).

      Delete
  6. salam awak, nak tanya. dari ksj pergi sri rampai naik apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.. sy naik moto je dari ksj ke lrt sri rampai.. nak naik teksi or bas rapid pun bole, tapi kena awal la..

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. ada elaun ke awak ? berapa ..

    ReplyDelete
  10. salam nak tanya macam mana nak apply duduk hostel UTHM KL

    ReplyDelete
  11. Salam. mcm mana ya nk mohon ksj utm?

    ReplyDelete
  12. Salam kan dekat website dia ade bg application form and cv kan? So kita just fill in and then convert to pdf?

    ReplyDelete
  13. Salam . Lama tak you dapat tahu yang your application berjaya ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...