LightBlog

Sunday, 26 June 2016

Siapa Sangka Ada Tasik Cantik Di Kawasan Bekas Lombong Ni. Jom Terjah!


Assalamualaikum w.b.t

Haaa, korang semua tahu tak wujudnya tasik yang cantik kat Bandar Seri Alam, Johor? Mesti korang dah tahu kan, sebab dah femes dah pun tempat ni. Tasik ni disebut sebagai Tasik Biru dek kerana airnya yang begitu biru kehijauan. Macam gambar yang aku tunjukkan kat atas ni. Cantik kan?

Cantik hokayy. Dah la nyaman pulak tu berdiri kat atas bukit. Mana taknya, keliling tu semua dipenuhi tumbuh-tumbuhan. Tapi kan, kalau nak tahu sebenarnya tasik ni bukanlah tasik semulajadi tau. Tasik ni terjadi selepas aktiviti perlombongan dilakukan di situ suatu masa dahulu. Entah betul ke tidak cerita ni. Membe aku yang story. Heheh


Encik Shahmin, penunjuk jalan

Tapi kan, dengar khabar Tasik Biru ni dah pun ditutup dan dipagar. Maknanya ianya dah pun menjadi KAWASAN LARANGAN. Ni bukan setakat khabar angin ye, ni khabar ribut petir. Memang betul ianya dah dipagar. Tak salah lagi. Haa, siapa yang belom pergi dan berhasrat nak pergi tu, boleh lah dengan rela hati membatalkan niat tersebut. Sorry to say. Ahhaha.



Disebabkan tempat ni dah pun ditutup, jadinya malaslah aku nak share location kat uolls semua. Buang masa jer kan. Jangan risau, banyak lagi tempat-tempat best yang korang semua boleh lawati. Nanti aku share tempat-tempat yang lain tu ye. Mintak-mintak aku dipanjangkan umur dan sihat walafiat.

Sekian sahaja dari aku. Semoga berjumpa lagi di lain hari dan waktu. Chaoww

No comments:

Post a Comment