BRADER OUHSEM INC. THIS PICTURE IS COPYRIGHT TO BRADER OUHSEM INC. WELCOME THIS PICTURE IS COPYRIGHT TO BRADER OUHSEM INC.

Friday, 17 August 2012

Edisi Potpet: Nak Raye Dah Rupanya

Assalamualaikum

Wah3...sebok noh memasing buat persiapan raya. Maklum la raya dah dekat kan. beli itu, Beli ini. buat kueh la, ketupat, rendang, dodol, lemang and macam2 lagi laa. Perghh...sakan betoi noh. Tak kurang jugak anak muda yang sebok maen bakar duit mercun... sungguh meriah bangat yer...

Ada ja yang dah balek kampung kan. Sapa yang jaoh tuu pandai2 lah noh. Traffic jam tu biasalah kan...kena la bersabar. Hormati pengguna jalan raya yang laen. Bior lambat, asal selamat sampei ke kampung halaman udoh lerr..ye dak?

Tapi kan tu lah bestnya raya. Sanak sedara boleh berkumpul, family yang jaoh2 and jarang boleh balik tu pun ada chance nak sambut raya sekali... so, aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maap zahir n batin... ehh, awal sangat eh? haha..abaikan yang tu. nanti hari raya aku ucap lagi sekali noh...kuikuikui...

So, setakat nie hampa dah dapat berapa keping kad raya? Relevan lagi ka pakai kad raya nie eh? Sekarang nie canggih pakat dok ucap pakai sms ja noh. Tak pun facebook. kan3... tapikan bila sebut kad raya, mesti aku tingat zaman sekola menengah dulu.. bila time hari last sekolah before cuti raya ja, mesti kawan2 dok pakat tukar2 kad raya. Senang ja kan, bagi hand by hand. Pastuh bole plak cakap 'raya nanti baru bukak n baca, ok '...haha

Perempuan la yang selalu dapat banyak rather than boys. Orang cam aku nie pulak 2,3 keping ja dapat..haha.. and aku ada gak kasi kad raya kat member, tapi certain ja la.. nak bagi semua gigit jari la aku kan.. 

Dan kome semua kena hati2 tau time musim raya cenggini. Kes pecah umah, kecurian semakin menjadi-jadi. Kena betul2 secure la. Time nie la gunanya peranan jiran. Kalau jiran pun balik kampung, pandai2 la noh.

Hurm, okayla
terasa hambar pulak entry nie
aku pun tengah menaip dalam keadaan bosan
lagikan hampa yang tengah membaca nie
haha

***********************

Sunday, 12 August 2012

Edisi Potpet: Doktor yang baek hati

Assalamualaikum

Today agak kelam-kabut coz baru aku tingat yang aku kena buat medical checkup. 
Ni salah satu syarat nak masok universiti.. alahai, lecehnya~ Dah lama dah tangguh nak buat natang nih, tak jadi2 jugak. Bukan hapa, semacam malas jek.. Dulu dah penah 2 kali buat medikal checkup, tapi kat hospital kerajaan. nak tunggu selesai memang lambat bebenor, almost 6hour gak la. tu yang eden malas tuh...

Tapi memandangkan daftar uni seminggu lepas raya, so nak taknak  kena wat jugak la. takot lepas raya lagi sebok. sekarang nih bulan posa, maybe tak sesak la kot. harap2 gitu la. Lagipun klinik je pun, bukan hospital tau...

Then, pukul 8 pagi sampai kat klinik, dah pun ramai patient ngah tunggu. so, macam biasa la...mula2 periksa berat, tinggi, tekanan darah, eye sight, pastu ujian warna..checkpoint seterusnya x-ray
lagi checkpoint urine test..haha.. dah macam explorace dah gayanya. tak pun treasure hunt...huh...and lastly, kena tunggu turn jumpa doktor kat bilik dia. yang nie la yang paling lama aku kena tunggu pun, dekat 2 jam gak la. nak dapat pengesahan, tandatangan and cop ja pun, punya la lama bagai. fedap tu toksah nak habaq laa. bosan kemain

But kesudahannya mesti la dapat masok gak kan. Doktor perempuan ropenye. bawah tandatangan tu ada dia tulih sekali "Bachelor of Medicine, Surgery, from University College Cork, Ireland, MMC No. blablabla".. wah3, jaoh benor study. muda lagi kot.. muehahaha

Ceh, tak sampai sepuloh minit pun kat dalam tuu.. tunggu turn punya la lama...haih.. pukoi 1 setengah baru bole balik umah.. naseb2...

*******************
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...