BRADER OUHSEM INC. THIS PICTURE IS COPYRIGHT TO BRADER OUHSEM INC. WELCOME THIS PICTURE IS COPYRIGHT TO BRADER OUHSEM INC.

Monday, 29 December 2014

Tanda-tanda Kematian Yang Baik


Jika ada 20 tanda2 berikut, mati anda adalah mati yg baik (Husnul Khatimah)
1) Dapat mengucap kalimah tauhid (La ilaha illaLlah). Dalilnya hadis dari Muaz bin Jabal r.a (sesiapa yang akhir ucapannya ialah La ilaha illaLlah maka ia dapat masuk Syurga- Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim). Justeru itu, hendaklah kita mentalqin orang kesayangan kita ketika sakratul maut supaya dia sempat mengucap.
2) Mati hari jumaat. Dalilnya hadis riwayat Abdullah bin Amru bin al-Ash (Mana2 Muslim yang mati di siang hari Jumaat atau malam Jumaat, niscaya Allah selamatkankan dia dari fitnah kubur -HR Ahmad dan Termidzi). Walau bagaimanapun hal bukanlah bererti mati di hari selain jumaat tidak baik kerana baginda SAW sendiri wafat pada hari isnin.
3) Percikan peluh di dahi (Mati orang beriman itu dengan percikan peluh di dahinya -HR Ahmad, Termidzi, an-Nasa`iy, Ibn Majah, dan al-Hakim.)
4) Mati syahid di medan Jihad. (Barangsiapa yang terbunuh pada jalan Allah (medan perang) adalah mati syahid. Barangsiapa yang mati pada jalan Allah, maka ia mati syahid-Muslim). Terbunuh (Mati syahid di medan perang jihad) mungkin susah buat kita umat Melayu, kecuali mereka yg berada di medan Palestin, Iraq
5) Mati di jalan Allah. Ada hadis yang menyebut bahawa (barangsiapa yang terbunuh pada jalan Allah (medan perang) adalah mati syahid. Barangsiapa yang mati pada jalan Allah, dia mati syahid- Muslim). Contohnya wanita Muslimah yang mati di Jerman, dibunuh hanya kerana dia bertudung.
6) Mati kerana wabak taun. Pada zaman dahulu wabak yang dikenali hanya taun. Pada masa sekarang, terdapat banyak lagi wabak yang dikenali seperti selsema burung, SARS dan sebagainya. Sesiapa yang mati kerana dilanda wabak berkenaan, matinya termasuk dalam kesudahan yang baik
7) Mati kerana lemas (al-gharq) seperti mereka yang lemas kerana banjir, tsunami dan sebagainya
8) Mati kerana sakit zat al-janb (paru-paru). Zat al-Janb maksudnya sakit tumbuk rusuk atau sakit sesak nafas, orang zaman dulu namakan ia zat alJanb, sekarang dikenali dgn pneumonia atau sakit paru-paru berair. Maka mereka yg mati disebabkan oleh komplikasi paru-paru adalah mendapat husnul khatimah.
9) Mati kerana komplikasi perut. Mati kerana komplikasi perut ni banyak jenis melibatkan perut dan intestines (usus), yang paling biasa ialah appendix dan kanser usus. Jadi jika seseorang membawa maut kerana ada komplikasi perut dan usus, maka ia mendapat husnul khatimah, dapat syahid
10) Mati kerana kebakaran. Sering kita membaca akhbar orang Islam yg mati kerana kebakaran baik rumah atau kenderaan yang terlibat dgn kecelakaan jalanraya yg bertukar menjadi kebakaran. Mereka ini juga termasuk dalam mati yg baik. Berilah berita gembira kepada keluarganya.
11)  Mati kerana ditimpa keruntuhan seperti ditimpa batu, tanah runtuh dan sebagainya
12) Perempuan yang mati disebabkan anak yang dikandungnya. Dengan penjagaan kesihatan dan polisi kerajaan, ditambah dengan kecanggihan teknlologi perubatan yang moden, jumlah kematian akibat kelahiran agak menurun di negara kita sekarang. Namun jika ada mana-mana ibu yang meninggal kerana bersalin, dia mendapat syahid.
13) Mati kerana batuk kering. (dan mati kerana batuk kering adalah syahid- tabraniy)
14) Mati kerana menjaga harta. (Barangsiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya dia mati syahid- Muslim)
15) Mati kerana mempertahankan agama. Dari Said bin Zaid (Barangsiapa yg mati kerana mempertahankan agamanya, maka dia syahid- Termizi).
16) Mati kerana mempertahankan diri dan keluarga. (barangsiapa yang mati kerana mempertahankan darahnya (nyawanya) dia syahid, juga yang mati kerana mempertahankan nyawa ahli keluarganya- tarmizi). Perompak memecah masuk dan selepas melakukan rompakan, mereka hendak memperkosa anak dan isterinya, maka ketika itu dia melawan, lalu dibunuh, maka itu adalah tanda mati syahid atau mati baik.
17) Mati ketika berkawal, menjaga sempadan dan bertugas. Hal ini khusus utk tentera dan mujahidin. (Berkawal sentri sehari semalam lebih baik daripada berpuasa sebulan dan mendirikan malamnya. Sekiranya ia mati, mengalir kpdnya pahala amalan yg telah dikerjakannya, berterusan rezki kepadanya dan aman dari fitan (azab kubur-Muslim)
18) Mati ketika sedang mengerjakan amal soleh. Dari Hudzaifah r.a, Nabi bersabda (Barangsiapa mengucap syahadah dgn ikhlas, lalu mati, dia masuk syurga. Sesiapa yg berpuasa sehari dgn ikhlas, lalu mati, dia masuk syurga. Sesiapa bersedeqah dgn satu sedeqah dgn ikhlas lalu dia mati ketika itu, dia masuk syurga- Ahmad). Seseorang yang meninggal ketika sedang mengerjakan amal soleh, maka dia mati dengan petanda yang baik
19) Meninggal di kota Madinah. Ibnu Umar r.a berkata bahawa Nabi SAW bersabda (barangsiapa yang mampou mati di Madinah, hendaklah dia mati di situ kerana sesungguhnya aku akan memberi syafaat terhadap sesiapa yang mati di situ- Ahmad, Termizi, Ibn Majah, Ibn Hibban)
20) Mati dibunuh oleh pemerintah yang zalim. Dari Jabir r.a (penghulu syuhada’ ialah Hamzah abdul Muttalib dan lelaki yang berdiri kepada penguasa yang zalim, maka dia menyeru dan menegah penguasa tersebut lalu dia dibunuh- al-Hakim)
MAKLUMAN
1) 20 perkara ini merupakan tanda-tanda mati yang baik, yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW dalam hadis yang pelbagai. Timbul persoalan, apakah seorang yang kufur dan syirik juga mendapat syahid hanya kerana mati pada hari jumaat? Atau hanya kerana mati lemas? Sedangkan kufur dan syirik merupakan sebesar-besar dosa. Tanda-tanda ini diibaratkan seperti keuntungan yang berlipat ganda dan menggiurkan namun bagaimana kita inginkan keuntungan berkenaan jika kita tidak berniaga dan tidak mempunyai modal asas. Apa yang penting, kita hendaklah terlebih dahulu menyediakan tapak dengan mengerjakan solat, puasa, zakat dan perintah Allah yang lain serta meninggalkan larangaNYA. Kemudian sama-samalah kita berdoa semoga kita semua mendapat mati dalam keadaan yang baik.
2) Para ulama telah membahagikan syahid kepada syahid besar dan kecil. Syahid besar (ada juga menyebutnya sebagai syahid dunia akhirat) ialah mereka yang mati di dalam peperangan menegakkan agama Allah. Mereka tidak perlu dimandi dan dikapankan. Sementara syahid kecil (disebut juga sebagai syahid akhirat) merujuk kepada mereka yang mati dalam keadaan husnul khatimah selain daripada kes mati dalam perang. Contohnya seperti mati kerana sakit perut, mati kebakaran, mati lemas, wanita yang mati bersalin dan sebagainya
Wallahualam…

Wednesday, 24 December 2014

Percutian Family Day 2 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi (Part1)


Assalamualaikum

Beberapa hari yang lepas, penulis bersama-sama keluarga tercinta, ayah bonda, adik beradik, abang ipar dan kakak ipar telah berjaya mengadakan family gathering ataupun lebih sinonimnya, family day. Tempat percutian yang menjadi pilihan kami ialah sudah tentulah di Pulau Langkawi. Baca tajuk aje dah tahu kan. Ahha.

Bukan senang tau nak kumpul satu keluarga macam ni. Kalau hari raya puasa alhamdulillah masih bole berkumpul sama-sama. Tapi takkan la setahun sekali aje kan baru boleh nak kumpul sama-sama. Even raya haji pun belum tentu semua ada. Haha

Okay lah, aku cerita sikit pasal sinopsis dari cerita Langkawi ni. Cewahh, siap ade sinopsis pulak kan. Dah macam cerpen pulak entry aku kali ni. Hehe. Cadangan family day ni adalah originally dari kakak yang sulung, Kak Anna. Beliau cadangkan supaya akhir tahun buat family gathering pergi cuti-cuti, spend time together. Beliau pilih Pulau Langkawi sebab bonda tak pernah lagi jejakkan kaki ke Pulau Langkawi. Jadinya, opkoz la bonda eksaited nak pergi Langkawi!

Cerita aku pulak, aku kena travel dari Johor ke KL. Sebab nak naik flight sama-sama dengan kakak kat KLIA 2. Kakak and abang ipar stay kat Bangi. Hari khamis petang, 18.12.14, aku ride dari JB ke KL dengan moto kesayanganku. Cuaca pulak tak berapa baik menyebabkan aku ambil masa selama hampir 8 jam untuk sampai. Yelah kan, hujan lebat terpaksa la aku berhenti berteduh. Sampai Bangi dah pukul 10 malam.

Tiket flight pukul 6.30pm. So, pukul 5pm kitorang dah sampai dah kat KLIA2. Tiket flight AirAsia berharga RM200 pergi balik. Boleh aje kalau nak dapat murah lagi. Tips mudah ialah beli awal-awal dan pilih tarikh yang bukan cuti sekolah. Ataupun beli sewaktu ada promosi tambang murah. Ada membe pernah beli tiket ke Langkawi pergi balik hanya RM120 aje. Macam kitorang ni, pergi masa cuti sekolah hujung tahun, memang ler mahal.

Flight mengambil masa selama lebih kurang 45minit sehingga 1 jam. Sampai kat Langkawi dah pun masuk waktu maghrib. Yang lain tengah tunggu kitorang kat balai ketibaan. Diorang naik feri dari jeti Kuala Kedah ke Jeti Kuah. Then, lepas solat kitorang semua terus gerak mencari lokasi penginapan 2 hari 2 malam. Nama tempat penginapan tersebut ialah Bella Vista Apartment Langkawi. Lokasinya adalah di Pesiaran Mutiara, Pusat Dagangan Kelana Mas, Langkawi.

Gambar dari incik Google
Apartment ni ada 3 bilik. Satu bilik Master Bedroom, 1 bilik berdua, dan 1 bilik seorang. Kemudahan seperti dapur serta pinggan mangkuk, TV, peti sejuk, microwave, dan mesin basuh (tak pakai pun). Malam tu kitorang tak makan kat luar sebab family dah tapau makanan dari rumah. Macam-macam hado. Haha. Lepas makan ape lagi, masing-masing dah landing. Good night and sweet dream la jawabnye. Hoho.

Okaylah sambung Part 2 plak.. kakakaka

Friday, 5 December 2014

4 Sebab Kejatuhan Harga Minyak Mentah Dunia


Mesti korang tertanya-tanya kenapa harga minyak sejak bulan disember tahun lepas turun secara mendadak. Apakah faktor penyebab kejatuhan harga yang begitu mendadak ini?

Harga minyak mentah dunia jatuh sehingga di bawah AS$70 setong - kejatuhan harga yang cukup dramatik sejak ia berada pada paras lebih AS$100 setong pada Jun. AkhbarThe Washington Postdalam satu analisisnya menyifatkan kejatuhan harga minyak mentah ini sebagai "berita ekonomi penting pada 2014".

Ia kemudian menyenaraikan sebab-sebab berikut yang mempengaruhi pergerakan harga komoditi berkenaan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...