LightBlog

Friday, 30 May 2014

Future Petroleum Engineers Forum Beijing (PART 4)

Friday, May 30, 2014 0
Assalamualaikum
and hye hye hye

alhamdulillah, bertemu lagi kita pada kali ini
masih lagi tak abes2 cita pasal Beijing
aku pun da naek boring daa
tapi oleh kerana nak 'save'kan memory tu lama2
so, terhasilnya entry sampai part 4 nie

okay la
tanpa membuang masa
ringkas sahaja kali nie
last day kat Beijing iaitu 20hb May bersamaan hari Selasa
awal2 pagi dah kena check-out hotel
pukul 7 pagi dah kena turun lobby
tapi ada ja yang lambat, biasalah, melayu manusia kan..

pukul 8 pagi bas dah tersedia menunggu untuk pergi ke bandar Beijing
perjalanan daripada Changping ke bandar mengambil masa hampir 2 jam gak la
lama tu kan
kalau dari aloq setaq nie dah bole sampai penang dah
huhuhu

destinasi pertama kitorang ialah
Tembok Besar China
atau Great Wall of China
korang search sendiri la panjang dia tu camna
malas plak aku nak amek tau
harga tiket tak tahu sebab termasuk dalam pakej 
so apo tunggu laie? get start!! go!!








destinasi kedua kitorang ialah Beihai Park
yang terletak di tengah bandar Beijing
tempat nie macam royal garden yang menyimpan sejarah berabad lama
history tentang maharaja cina dolu2 punya kisah
kisah plak aku kan


candid nie

model..nama dia wan

model tersebut masih disitu =P

destinasi seterusnya ialah forbidden city
tapi malangnya time kitorang pergi
tak bukak la plak
so, just snap gambar kat main entrance dia ja
dikatakan kota larangan nie ada 9999 bilik
dan kawasan tu meliputi 720,000 meter persegi
menjadikannya istana/mahligai yang terbesar kat dunia



ramai orang yg nak snap gamba ngan aku
=)

our final destination adalah di dataran Tiananmen
aku tak tahu apa yang best kat sini
sebab ia hanyalah sebuah dataran....
tapi kat sini la yang paling gempak sekali aku amek gamba
siap lompat2 bagai
ahaks








berakhirlah sudah percutian budak2 petroleum di Beijing
suka duka kat sana bole dijadikan modal untuk bercerita
bagi aku, aku tak nak pegi dah sana
negara orang kafir, macam tak aman ja
tapi kalau ada takaza agama kat sana, kena la pegi
ahahaha

sebelom mengundur diri
nak share pic kitorang ramai2
pic nie masok dalam suratkhabar tau
jangan jeles uollls
hikhik


sekian saja dari aku
amranz masterpiece
apa yang baik datang daripada Allah
apa yang buruk itu asbab kelemahan diri aku sendiri
dan atas ketentuan daripada Allah SWT
wassalam

*****************

Wednesday, 28 May 2014

Future Petroleum Engineers Forum Beijing (PART 3)

Wednesday, May 28, 2014 0
Assalamualaikum
and hye hye hye

bertemu kembali dalam ruangan potpet potpet
amranz masterpiece
hihi =P

so, sambungan cerita yang lepas
pasal hari-hari ku di Beijing
part 3 nie nak cerita pasal budaya orang sana la
and tak lupa juga part shopping2 souvenir
haha

hurm, kalau korang nak tau kan
kat beijing nie, terutama daerah Changping
susah nak tengok orang naek moto hebat2
kereta pun tak banyak sangat variasi
means lebih kurang sama ja jenis
tapi kereta diorang hebat2 gak
kat dalam university ada ja kereta mewah2

diorang kebanyakannya naek basikal
pastu motosikal elektrik pun bnyak gak
ada jugak basikal yang dimodified,
supaya bergerak dengan janaan elektrik
walaupun kenderaan diorang tak bising
tapi diorang amalkan teknik tekan hon
nak saja tekan hon
tak kira la kereta, moto, bas
even basikal diorang pun ada hon
haha
maksudnya kat sini, kalau diorang nampak orang tengah melintas
diorang tak akan berhenti
tapi, akan terus hon sampai la laluan clear

lagi satu, kat sana jarang berlaku rompakan, samun, ragut
dan seumpamanya
sebab tu la aku tengok barang2 yang dipost
diorang letak kat tepi jalan ja, atas lantai
takda orang nak curik
*menurut apa yang diberitahu kat aku la

okay la
tak nak membebel panjang2
meh aku nak kongsikan photo

ensemnya mamat nie~~

Baru balik dari competition

Culture Night
yang pasal Culture Night tu best gak
kira macam malam kebudayaan la
first ada persembahan tai-chi
pastu ada lakonan (yang ni tak best)
then lastly aktiviti art
art yang lebih kepada tradisional orang cina

then, hari ke-5 kitorang gi shopping2
mulanya kitorang masuk mall
memang sorang pun tak beli apa2
mahal la
lagipun nak beli hapa kat mall tu
bukan nak dok sana terus pun
kitorang just nak souvenir ja banyak2
kenang-kenangan gituww

so, sampai la kitorang kat street nie
tak ingat apa nama street nie
macam Petaling Street jalan TAR ja
hahaha
apo laie, bedal la
duit dah terpekik melolong mintak dikeluarkan dari wallet
aku pun redha ja la
=P




macam Petaling Street kan? haha

oh ya, pasal beli-belah kat beijing nie kan
kena study dulu tips2 and teknik tawar menawar
sebab orang sana macam hati kering la derr
penah aku kena kejar tokei kedai
sebab nak suruh jugak aku beli
once bila dah tanya harga, siaplah korang

ada banyak tips sebenarnya
tapi aku malas nak mengolah ayat kat sini
apa kata korang jenguk blog akak nie
Tips: Beli dan Blahh di Beijing

okay la
aku benti kat sini dulu
nanti aku sambung lagi eh
tak suka tulis panjang2
rimas..hishhh

nantikan PART 4 plak
part 4 last day kat Beijing
kitorang jalan2 kat Tembok Besar China,
Tiananmen Square, Forbidden City,
dan beberapa tempat lagi

sekian
wassalam
****************

Monday, 26 May 2014

Future Petroleum Engineers Forum Beijing (PART 2)

Monday, May 26, 2014 0
Assalamualaikum
and hye hye hye

seperti yang dijanjikan
sambungan untuk untuk entry yang lepas
selama 6 hari berada di bumi China
tak banyak pun aku nak cita
just nak tempek gambar ja banyak
lelaki, mana pernah nak rajin taip panjang2
ye dak?

okay lah
hari first yang kitorang sampai adalah 15May 
pukul 3 pagi sampai hotel
check in dan masuk hotel
aku sebilik ngan ridwan (wan)
dalam hati memang nak cepat2 landing
mengantukkk
tapi sebelum landing, solat Isyak dulu la

krok~krok~krok
perut plak lapar
dalam flight tadi aku tak jamah apa2 pun
mana taknya, mahal nak mampos
nasi lemak pun dah dekat 10henggit
so, aku pun panaskan air, masak meggi
*meggi import dari Malaysia beb*

pastu kan..
aku x sengaja terselak kain tirai kat tingkap uhh
terkejut aku matahari dah naik
pukul 4 pagi dah cerah dah?
subuh pukul berapa?
aku x solat subuh lagi nie
awesome sangat!

lepas solat subuh, makan meggi
aku pun landing dengan gembiranya
sebab first day nie xdak aktiviti lagi
just registration, tu pun pukul 1 petang
so, aktiviti sekarang adalah tidoqqq


bangun2 lapaq balik plak dah
diorang cakap makanan tengahari disediakan
kul 12.30 diorang bawak masuk universiti
makan kat restoran dalam U
halalkah?
jeng~jeng~jeng~

mulanya kami diberitahu oleh student cina kat sana
makanan kat restoran tu 'halal'
kitorang semua memang bedal habis la
sedappp!
pastuh, time malam pun ada gak disediakan makanan bungkus
hantar kat bilik hotel
daripada restoran yang sama petang tadi
aku ngan wan pun makan lerr







malam tuh ada SPE Summit
ntah apa benda ntah
setiap universiti yang datang kena present pasal U masing2
sorang ja la wakil
agak boring la

then, time dah habis aktiviti
kitorang jumpa student malaysia yang study kat CUPB
pastu ada membe tanya pasal makanan
sebab ramai yang cakap makanan dinner yang dihantar kat hotel tadi cam pelik sket
WHAT???
ok, aku teruskan mendengar
kakak tadi tu pun cakap yang kat CUPB nie ada satu ja restoran yang halal
dan restoran tersebut bukan restoran yang kitorang pergi petang tadi!
WHATT???
dah masok perot aku dah weyh
adusss

selepas daripada tuh, terus kitorang taknak ambek makanan situ
kitorang pegi beli sendiri kat kedai makan luar universiti
harga boleh tahan la
daripada makan makanan yang tak halal
rupanya orang cina sana tak faham maksud halal
sebab makanan yang kitorang dapat memang banyak gila sayur
nasi 30%, sayur 60%
hahaha

hurm, nie baru hari first
nanti aku cita hari yang berikutnya plak
dah panjang nih
nantikan PART 3 plak eh
sekian
wassalam

***************

Sunday, 25 May 2014

Future Petroleum Engineers Forum, Beijing (PART 1)

Sunday, May 25, 2014 0
Assalam
and hye hye hye

last week seminggu aku takdak kat malaysia
tahu aku pegi mana?
aku pergi Beijing, China
kan sebelum nie aku dah update pasal buat passport bagai
sebelom gi sana memang banyak nak kena settle
tapi bila dah jejakkan kaki kat airport,
maka....
bermulalah episod jalan2 romantika
di negara republic of china
hew3~

tanggal 14mei 2014
kami 20 orang pelajar tahun 2 fakulti petroleum
bertolak dari UTM Skudai ke KLIA 2 dengan sebuah bas
eksaited sangat time tu
bertolak kul 12tgh hari sampai KLIA dalam pukul 4 lebih camtu la
sebab banyak kali berhenti

then, dah sampai sana kitorang solat dulu, makan
pukul 5 lebih baru check in masuk balai pelepasan
ouh, lupa nak bagitau
kitorang naek Air Asia X
perjalanan adalah selama 6 jam
perghhh, lama gak tuh

sebelum nak landing, co pilot ada bagitau
yang suhu sakarang adalah 11degree celcius
perghh..sejuk tuuu



dah sampai, ada student sana ambik kitorang
oh ya, lupa nak bagitau
kitorang attend international event organized by
China University of Petroleum Beijing (CUPB)
ada antara kami yang join competition
cam aku nie just jadik audience ja
haha

then, daripada airport beijing diorang hantar ke hotel,
Hotel Interchange Student hape ntah tak ingat da
hotel nie dekat ja ngan CUPB
jalan kaki seminit dah masuk pagar CUPB
overall, hotel nie ok la

hurm, dah panjang plak aku tulis
laen kali aku sambung cita eh
nantikan PART 2 plak
nanti aku cita pasal hari2 yang berikutnya
disertakan dengan photo2
ok lah
chow

***************