Sunday 20 December 2015

Tutorial Photoshop: Bokeh Effect For Beginner

Sunday, December 20, 2015 2

Harini aku nak ajar korang semua the simplest way to do a bokeh filter. Tahu tak bokeh tu ape? Haaa, macam dalam gambar kat atas ni lah. Not simplest la, but manually. Sebab, sakarang ni banyak je applikasi phone yang korang boleh pakai untuk edit gambar. Tapi kalau nak buat manually, korang boleh pakai Photoshop.

Sebabnye, pada pendapat aku la kan, kalau edit menggunakan applikasi android berkemungkinan kualiti gambar korang dah tak sama dengan yang asal. Ataupun dari segi resolution maybe dah alter atau dikurangkan. So, kalau edit pakai Photoshop, resolution gambar korang takkan berubah. It will remain the same.

Okaylah, tanpa membuang banyak masa, jom terjahh!!

Monday 16 November 2015

11 Tanda Orang Berbahagia

Monday, November 16, 2015 0

Assalamualaikum
Hari ni nak kongsikan kat korang apa yang diungkapkan oleh Tuan Guru Ustaz Dato' Ismail Kamus berkaitan 11 Tanda Orang Yang Memperoleh Kebahagiaan.

Apa itu Bahagia? Apakah tanda seseorang itu mempunyai hidup yang bahagia, aman damai dan tenteram? Ada 11 tanda yang dibicarakan oleh Tuan Guru iaitu:

Sunday 8 November 2015

Tutorial Blog: Cara Tukarkan "You might also like:" Kepada Ayat Anda Sendiri

Sunday, November 08, 2015 0
Assalamualaikum
Entry ni lanjutan daripada entry yang lepas iaitu Cara Memasang "You might also like:" di Blog.
Lepas dah pasang widget ni, korang boleh ubah wording ikut kemahuan anda. Caranya mudah aje. Jom cuba!

1. Pergi Dashboard, Layout, Cari widget LinkWithin yang korang pasang tu dan klik Edit.

2. Copy coding kat bawah ni:

<script>linkwithin_text='teks yang anda ingin tampilkan'</script>

3. Paste coding yang korang copy tadi bersama coding2 yang sedia ada. Tukarkan teks kaler merah tu kepada ayat anda sendiri.

Tutorial Blog: Cara Mudah Memasang "Anda Mungkin Juga Meminati:" di Blog

Sunday, November 08, 2015 0
Assalamualaikum
Pernah tak terlihat terperasan  "Anda mungkin juga meminati:" dalam blog yang kebiasannya terdapat 3 atau 4 pautan bagi entri terdahulu di bawah setiap post entri yang anda tulis? Kegunaannya adalah untuk memudahkan pembaca atau pengunjung blog kita untuk melihat entri terdahulu tanpa perlu mencarinya satu persatu. Nak tahu caranya? Mudah sahaja. Jom ikut setiap langkah2 di bawah.

1. Klik pada http://www.linkwithin.com/learn

2Masukkan maklumat Email, Blog link, Platform dan Width.
     Kemudian klik pada Get Widget!

Tuesday 27 October 2015

Tanda-tanda Dunia Telah Masuk Dalam Hati

Tuesday, October 27, 2015 1

Tanda-tanda Dunia Telah Masuk Dalam Hati

1. Sering melengah-lengahkan solat fardhu
2. Tidak sedikitpun meluangkan masa membaca lembaran Al-Quran lantaran terlalu sibuk
3. Selalu berfikir setiap waktu bagaimana harta semakin bertambah
4. Marah apabila orang memberi nasihat bahawa apa yang dilakukan adalah salah
5. Menunda perkara yang baik dan berfikir akan lakukannya kemudian
6. Tertarik dengan kehidupan selebriti
7. Kagum dengan kehidupan orang-orang yang kaya raya
8. Ingin menjadi perhatian orang ramai
9. Selalu bersaing dan ingin mendahului orang lain dalam memperoleh cita-cita duniawi
10. Selalu berasa tidak cukup dengan apa yang ada
11. Tidak berasa bersalah apabila melakukan dosa
12. Memiliki ramai kawan yang langsung tidak mengingatkan anda kepada Allah
13. Menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia
14. Berasa malas dan berat melakukan amal ibadah
15. Lebih suka menerima daripada memberi
15. Ingin supaya Allah kabulkan segala permintaan, tapi langsung tidak taat pada Allah
16. Merasakan harta mampu berikan kebahagiaan dan ketenangan
17. Cemburu dan iri hati terhadap kesenangan orang lain
18. Merasakan perjalanan hidup di dunia masih panjang
19. Menjadi seorang yang kedekut dan bakhil
20. Menganggap tuntut ilmu dunia lebih berbaloi daripada ilmu agama

Manusia sememangnya memerlukan dunia. Kerana di dunia sahajalah peluang untuk kita beramal soleh. Bila dah terpisah roh dan jasad, maka terhentilah amal soleh. Tetapi jangan biarkan dunia itu masuk dalam hati kita. Biarlah dalam hati kita hanyalah ada Allah SWT, bukan dunia, bukan makhluk.

Analoginya seperti kapal yang belayar di lautan. Kapal itu umpama hati kita, manakala lautan itu umpama dunia. Kapal memerlukan air lautan untuk belayar. Namun jangan sesekali biarkan air masuk ke dalam kapal, kerana lambat laun kapal akan karam dan tenggelam. Begitu juga hati kita. Biarlah hati belayar di dunia, asalkan jangan biarkan dunia masuk dalam hati kita. Jika hati kita tidak bocor, InsyaAllah kita akan sampai ke pelabuhan syurga yang diidamkan tanpa karam dipertengahan jalan.

Semoga Allah beri taufik dan hidayah untuk kita terus mentaati Allah SWT.

Friday 23 October 2015

Perkhemahan Orientasi Rakan Muda (PORAM)

Friday, October 23, 2015 0
Beberapa hari yg lepas, Sekretariat Rakan Muda (SRM-UTMJB) telah berjaya menganjurkan satu program khusus untuk ahli-ahli yang fresh and baru join this club. Program tersebut diberi nama 'Perkhemahan Orientasi Rakan Muda' atau ringkasnya PORAM.

Program tersebut bertempat di Pantai Pasir Lanun, Mersing dan berlangsung selama 3hari 2malam. Seramai 70 orang peserta telah mengikuti percutian perkhemahan ini diiringi oleh beberapa orang facilitator yang terdiri daripada hakak2 dan abam2 senior SRM.

Program berjalan lancar dan sangat memuaskan hati jantung dan otak dek kerana program ini lebih kepada santai menyantai. Kalau dalam bahasa Arab disebut Taaruf iaitu proses nak kenal2. Haha

Disini dengan sukacitanya, aku nak kongsikan pengalaman aku sepanjang menjadi peserta PORAM.

Wednesday 21 October 2015

Koleksi Ceramah: Peranan Umat - Ustaz Long

Wednesday, October 21, 2015 0

Koleksi Ceramah: Ustaz Long - Peranan Umat


Untuk mempersiapkan diri kita untuk kembali pada Allah, kita ada 2 tugas,

Pertama, sebagai manusia of coz kita perlu worship Allah. Sebagai manusia kita perlu beribadat kepada Allah.

Kedua, sebagai ummat Muhammad SAW, kita perlu sambung fikir baginda, kita perlu sambung kerja baginda, kita perlu sambung risalah baginda.