Sunday 4 October 2015

Tutorial Photoshop : Cara Buat Tulisan Melengkung (Logo Bulat)

 BraderOuhsem Inc.
Assalamualaikum

Hari ni aku nak kongsikan kat korang macam mana caranya untuk menghasilkan tulisan melengkung. tengoklah macam logo kat atas ni. Cantik tak? Hoho

Tutorial kali ni aku pakai logo Starbucks Coffee sebagai rujukan. Memang aku belajar dari sifu aku pun dia ajar camne nak buat sebijik macam logo Starbucks. Haha. Tak nak cakap banyak lagi. Jom terjah!


STEP1
Bukak Photoshop, pergi ke 'File', amek 'New..'. Tak pun nak senang tekan ctrl+N kat keyboard korang. Pastu setting macam pic kat bawah ni. 800 x 800 ye.


STEP2
Buat Guide atau line macam kat bawah ni. Caranya pergi ke 'View' pastu amek 'New Guide'. Akan keluar satu kotak. Orientation amek Horizontal, Position tulis 50%. Pastu buat lagi sekali untuk Vertical. Sama jugak ye, 50%. Tujuannye adalah untuk mencari titik tengah.


STEP3
Sekarang kita buat bentuk bulat. Cari icon shape kat sebelah kiri sekali macam dalam gambar bawah ni. Right click select 'Ellipse Tool'. Pastu tengok kat bahagian atas pastikan dia dah set kat Shape. Bukan Path mahupun Pixels ye. Then click kat center yang korang buat line tadi tu. Untuk nak dapatkan betul-betul point tengah, korang silalah zoom ye. Jangan malas. Then lepas dah click akan kuar kotak. Set kan 800x800. Tekan OK. Pastu jadi lah circle yang kaler kelabu kat bawah ni. 


STEP4
Next mari kita tukar kaler daripada grey to hijau. Sebab ape ye? Ermm, sebab logo Starbucks kaler hijau. Lol. Caranya boleh refer pic kat bawah ni. Code warna hijau ialah #006752.
STEP5
Sekarang kita buat bulatan yang kedua plak. Caranya sama. Zoom dan klik kat center. Keluar kotak, korang set pulak 775x775.
STEP6
Tapi kali ni lain sikit. Kena buat Stroke kat bulatan tersebut. Cari Stroke kat bahagian atas, klik dan tukar kaler from black to white. Pastu set kan ketebalan dia sebanyak 12pt.

STEP7
Lagi sekali kita buat bulatan yang ketiga. Zoom, klik kat center, set kan 460x460. Klik OK. Tapi bulat kita kali ni sila tukar dari Hijau ke Hitam ye. Dan stroke ketebalan tukar dari 12pt ke 15pt. Kaler untuk stroke tetap putih jugak.
STEP8
Haaa, sekarang kita dah boleh masukkan wording kita. Caranya kita kena buat path dulu. Path ni macam tapak untuk tulisan kita la. Kat bahagian atas tu tukar from Shape to Path. Then klik lagi kat center. Set kan 515x515.

STEP9
Sekarang jom view path yg kita buat tu. Kat tepi belah kanan cari tab Path, select 'Work Path'. Akan kelihatan satu line halus. Haa, itu lah tapak wording korang.


STEP10
Seterusnya korang setting font korang. Pilih la font ape pun. Aku tak tahu pun apa font Starbucks yang sebenarnya. So, aku pakai yang lebih kurang iaitu FreightSans Black. Saiz dia 145pt. Lepas dah setting font, klik kat tengah-tengan garisan halus tadi. Lepas klik korang type la STARBUCKS. Then boleh ejas lagi font korang. In case la korang pakai font lain, so saiz dah tak sama ngan aku. Pandai2 la ejas ye.
STEP11
Untuk word COFFEE plak, sekali lagi select 'Work Path' dan klik kat line halus yg kat bawah plak. Tengok gambar bawah ni.


STEP12
Korang perasan tak word coffee tu terbalik? Langkah seterusnya ialah terbalikkan word COFFEE tu. Cari dan klik Select Tool kat tepi belah kiri (icon anak panah). Pastu klik dan hold kat garisan tengah bawah sikit daripada line halus, drag ke atas. Korang cuba barulah korang tahu. 
STEP13
Seterusnya kita turunkan word COFFEE ke bawah sedikit. Tengok gambar kat bawah. Aku tak tahu nak sebut camne benda alah tu. Just tukar from 0 pt kepada -91 pt. 
STEP14
Tambah shape bintang kaler putih. Pergi ke icon shape, select 'Custom Shape Tool'. Tengok kat bahagian atas tu ada tak shape bintang. Mesti ada punyalah. Haha. Sebelum buat bintang, tukar dulu dari Path ke Shape yg kat atas kiri tu. Sebab tadi kan kita buat Path. Dah siap satu bintang, duplicate la untuk lagi satu. Caranya tekan alt+shift, klik kat bintang first tadi dan drag ke sebelah lagi satu. 

STEP15
Haaa, step last sekali korang boleh la letak image kat tengah-tengah tu. Dalam tutorial ni aku tak nak letak gambar perempuan duyung tu. Aku pakai gambar IronMan. Hehe.


So tadaaaaa. Siap sudah logo bulat kita. Sebelum save, remove dulu background putih bagi kasi transparent. Then baru save sebagai PNG file. Harap-harap 15 Step ni korang dapat follow dengan tenang ye. 

Ikut kreativiti hampa la nak hias logo ni lagu mana pun nohh. Nindiaa aku bagi hampa tengok hasil last sekali. 
Dapat jugak merasa jadi Avengers  =)

Sekian dari BraderOuhsem. Wassalam

No comments:

Post a Comment