Wednesday 21 October 2015

Koleksi Ceramah: Peranan Umat - Ustaz Long


Koleksi Ceramah: Ustaz Long - Peranan Umat


Untuk mempersiapkan diri kita untuk kembali pada Allah, kita ada 2 tugas,

Pertama, sebagai manusia of coz kita perlu worship Allah. Sebagai manusia kita perlu beribadat kepada Allah.

Kedua, sebagai ummat Muhammad SAW, kita perlu sambung fikir baginda, kita perlu sambung kerja baginda, kita perlu sambung risalah baginda.

Sesuai dengan firman Allah: 
"Waman ahsanu qaulan mimman da'aa Ilallah, waamila soliha, waqola innani minal muslimin" (Fussilat:33)

Maksud: Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” 

Untuk boleh kita isytihar pada dunia, Innani minal muslimin: "Sesungguhnya aku ini orang Islam".

Ada 2 perkara yang kita perlu fulfill, yang kita perlu sempurnakan: 

Pertama: "Waman ahsanu qaulan mimman da'aa Ilallah". Ini adalah peranan kita sebagai umat Muhammad SAW. Kita perlu sambung gerak kerja nabi iaitu Ad'uu Ilallah, to call people towards Allah.

Kedua: "Waamila solihaa": Ini adalah untuk mainkan peranan kita sebagai manusia. Sebagai manusia kita kena worship Allah, sebagai manusia kita kena beribadat kepada Allah, sebagai manusia kita kena beramal dengan amal soleh.

Gabungan kedua-dua ini baru layak kita iystiharkan diri kita "Innani minal muslimin".

Harini ini umat Islam hanya fokus kepada a'mila soliha, beramal dengan amal soleh. Dan tidak melihat kerja nubuwwah itu sebagai tanggungjawab mereka. Di sinilah punca mengapa Allah SWT datangkan satu demi satu tempias kemurkaan Allah SWT.

Tidak ada shortcut untuk kita betulkan keadaan umat hari ini. Apa yang kita lihat sungguh menyedihkan hati. Sedara2 kita di Palestin, Afganistan, Acheh dan sebagainya. Sesungguhnya itu bukan masalah Palestin, bukan masalah Afganistan, tapi masalah KITA. Mengapa Allah turunkan satu demi satu tempias kemurkaan Allah?

Kerana KITA sudah tidak melaksanakan tanggungjawab KITA. Kerana Allah SWT telah menetapkan bahawa:

"Qul in kuntum tuhibbunAllah fattabi'uni yuhbibkumulLah wa yaghfir lakum zunubakum wallahu ghafururrahim"  (Al-Imran:31)
Maksud: Katakanlah wahai Muhammad sekiranya kamu semua mencintai Allah, maka ikutilah Sunnah Rasulullah s.a.w. nescaya kamu akan dicintai Allah dan akan diampuni dosa-dosa kamu. Sesungguhnya Allah maha penyayang.


Wallahualam

No comments:

Post a Comment