BRADER OUHSEM INC. THIS PICTURE IS COPYRIGHT TO BRADER OUHSEM INC. WELCOME THIS PICTURE IS COPYRIGHT TO BRADER OUHSEM INC.

Wednesday, 23 December 2015

Harga Minyak Dunia Jatuh Lagi


Ringkasan Senario Semasa Via Fb Dr. Zaharuddin

Harga minyak dunia jatuh lagi selepas meeting OPEC yang gagal mencadangkan solusi memotong keluaran minyaknya, punca lebih besar adalah disebabkan kedegilan syarikat Amerika (shale producers seperti Continental Resources and Whiting Petroleum) yang ingin tetap mengeluarkan lebih dari kebiasaan sehingga menyebabkan Amerika telah mengeluarkan lebih 80% tong minyak lebih dari kebiasaan sehingga menyebabkan jumlah bekalan minyak dunia terlebih berbanding permintaan sekitar 1.8 juta tong sehari pada suku ketiga tahun 2015.

Selain Amerika, Russia, Mexico, Norway juga menyumbang minyak berlebihan dalam pasaran dan enggan kurangkannya. Namun Amerika TIDAK KISAH kerana mereka hanya gunakan minyak keluarannya untuk domestik sahaja. Syarikat pengeksport minyak akan terkena teruk

Sunday, 20 December 2015

Tutorial Photoshop: Bokeh Effect For Beginner


Today Kecikk nak ajar uolls semua the simplest way to do a bokeh filter. Tahu tak bokeh tu ape? Haaa, macam dalam gambar kat atas ni lah. Not simplest la, but manually. Sebab, sakarang ni banyak je applikasi phone yang korang boleh pakai untuk edit gambar. Tapi kalau nak buat manually, korang boleh pakai Photoshop.

Sebabnye, pada pendapat aku la kan, kalau edit menggunakan applikasi android berkemungkinan kualiti gambar korang dah tak sama dengan yang asal. Ataupun dari segi resolution maybe dah alter atau dikurangkan. So, kalau edit pakai Photoshop, resolution gambar korang takkan berubah. It will remain the same.

Okaylah, tanpa membuang banyak masa, jom terjahh!!

Saturday, 19 December 2015

10 Soalan by Blogger Anis

 

10 Soalan by Blogger Anis

First time BraderKecikk kena tag untuk segmen jawab soalan ni. Ekcelly tak pernah tahu pun wujudnya game yang kreatif ni. Maklumlah, jarang berblogging. And jarang blogwalking. Tak kenal sangat pun blogger2 lain. Semalam kena tag ngan Blogger Anis. Terima kasih diucapkan. Terharu beb. Dah la aku ni blogger lelaki, awkward jugak sebenarnya. Heheh.

Tanpa membuang masa mari kita study rules and regulation game ni. Haa, aku pun tak tahu sangat rules yang sebetulnye macam mana. Aku just refer blog Anis dan blog Opi. Peraturannya ialah blogger yang ditag untuk menjawab soalan blogger berkenaan mestilah menjawab keseluruhan soalan yang dia dapat dan kemudian mencipta soalan baru dan ditag kepada SEPULUH blogger yang lain pula. Faham kan? Good

Tuesday, 8 December 2015

18 Sebab Jin Merasuk Manusia


18 Sebab Jin Merasuk Manusia

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Monday, 7 December 2015

Selagi Mana Ia Urusan Dunia, Bukanlah Masalah Besar


SELAGI MANA URUSAN DUNIA... IANYA BUKAN MASALAH BESAR

Jgn bersedih dgn urusan dunia.

Seorang lelaki yg sedang dirundung kesedihan datang menemui Sayidina Ali bin Abi Tholib, ia pun berkata,

“Wahai Amirul Mukminin, aku datang kepadamu karena aku sudah tidak mampu lagi menahan beban kesedihanku.”

Friday, 4 December 2015

Info: Darah Yang Ajaib


DARAH YANG AJAIB

Berikut fakta mengagumkan dari darah kita....

1) Apabila Gelas diisi air putih, dititiskan darah segar (manusia), maka air berubah menjadi merah karena darah tercampur rata tanpa diaduk.

● Kesimpulan:
Air putih itu sangat baik untuk tubuh/darah kita.

Bahaya Selalu Makan Mee Segera Yang Pasti Buat Anda Terkejut


Bahaya Selalu Makan Mee Segera Yang Pasti Buat Anda Terkejut

Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket.

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan.

Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi.
Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang.

Saturday, 28 November 2015

My First Time Boat Noodle At Sutera Mall


Assalamualaikum

Sawadikapp.. Kap kum kapp.. Eh? Kenapa tetiba cakap siam nih. Hahaha.. Ceritanya semalam membe ajak gi makan kat Boat Noodle yang berlokasi di Sutera Mall, Johor. Actually, ini adalah kali pertama aku jejak kaki kat Restoran Boat Noodle ni. Sebelum ni tak pernah lagi makan kat sini.

Monday, 23 November 2015

Charity Event At Rumah Anak-Anak Yatim Johor (Rumah Barkat)

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian..

Beberapa hari yang lepas, Society of Petroleum Engineers UTM Student Chapter telah menganjurkan satu event charity di Rumah Anak-Anak Yatim Johor ataupun lebih dikenali sebagai Rumah Barkat yang berlokasi di Jalan Bukit Cagar, Johor Bahru.

Website PKAYJ  |  Facebook Rumah Barkat

Antara aktiviti yang kitorang jalankan ialah melukis mural di dinding salah satu bangunan yang berhampiran dengan dewan utama. Ada juga aktiviti bergotong royong dijalankan disekitar kawasan Rumah Barkat. Akhir sekali adalah pemberian sumbangan ikhlas kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor yang berupa wang, pakaian dan juga buku-buku. 

Jom terjahh!!

Friday, 20 November 2015

5 Gangguan Syaitan Semasa Solat


1. Was-was Semasa Takbiratul Ihram

Di awal solat apabila takbiratul ihram dengan menyebut “Allahu Akbar”, dia ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus berulang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk. Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam ber-suci (berwudhu) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat”.

Tuesday, 17 November 2015

Yamaha Motobot: A Robot That Ride Motorcycles Better Than Valentino Rossi


Yamaha Motobot: A Robot That Ride Motorcycles Better Than Valentino Rossi

MOTOBOT is an autonomous motorcycle-riding humanoid robot that approaches riding operations from a human rider’s standpoint — with no modifications made to the motorcycle itself. The development theme is “Beyond Human Capabilities.” In general, robots are developed to specialize in a specific task and this typically allows them to surpass the capability of humans for that task. Utilizing this advantage, the end goal of MOTOBOT is to become capable of competing against Valentino Rossi’s lap times around a racetrack. The knowledge and highly advanced fundamental technologies gained from this challenge will be put to use in developing new products and creating new value.

Monday, 16 November 2015

11 Tanda Orang Berbahagia


Assalamualaikum
Hari ni nak kongsikan kat korang apa yang diungkapkan oleh Tuan Guru Ustaz Dato' Ismail Kamus berkaitan 11 Tanda Orang Yang Memperoleh Kebahagiaan.

Apa itu Bahagia? Apakah tanda seseorang itu mempunyai hidup yang bahagia, aman damai dan tenteram? Ada 11 tanda yang dibicarakan oleh Tuan Guru iaitu:

Sunday, 15 November 2015

Penang 3D Trick Art Museum


Semalam aku berpeluang melawat 3D Trick Art Museum di Pulau Pinang. Teringin jugak nak bergambar dengan lukisan-lukisan 3D ni. Walaupun pada asalnya aku fobia nak masuk muzium, tapi disebabkan muzium ni terlalu berseni, maka aku gagahkan jugak. Yer la, tak macam muzium-muzium yang lain, membosankan. Muzium kraftangan la, muzium barangan purba la, muzium padi la. Oppsss. Melebih sudah. Heheh

Top 20 Largest Shopping Malls In The World (3 at Malaysia)


Assalamualaikum
Haa entry kali ni nak kongsikan kat korang senarai shopping mall yang terbesar di dunia. Aku amek 20 mall yang teratas (Top20). Dalam 20 senarai ni, ada 3 shopping complex yang terbina di Malaysia iaitu 1 Utama, Mid Valley Magamall dan Sunway Piramid. Jom terjah!!

Sunday, 8 November 2015

Tutorial Blog: Cara Tukarkan "You might also like:" Kepada Ayat Anda Sendiri

Assalamualaikum
Entry ni lanjutan daripada entry yang lepas iaitu Cara Memasang "You might also like:" di Blog.
Lepas dah pasang widget ni, korang boleh ubah wording ikut kemahuan anda. Caranya mudah aje. Jom cuba!

1. Pergi Dashboard, Layout, Cari widget LinkWithin yang korang pasang tu dan klik Edit.

2. Copy coding kat bawah ni:

<script>linkwithin_text='teks yang anda ingin tampilkan'</script>

3. Paste coding yang korang copy tadi bersama coding2 yang sedia ada. Tukarkan teks kaler merah tu kepada ayat anda sendiri.

Tutorial Blog: Cara Mudah Memasang "Anda Mungkin Juga Meminati:" di Blog

Assalamualaikum
Pernah tak terlihat terperasan  "Anda mungkin juga meminati:" dalam blog yang kebiasannya terdapat 3 atau 4 pautan bagi entri terdahulu di bawah setiap post entri yang anda tulis? Kegunaannya adalah untuk memudahkan pembaca atau pengunjung blog kita untuk melihat entri terdahulu tanpa perlu mencarinya satu persatu. Nak tahu caranya? Mudah sahaja. Jom ikut setiap langkah2 di bawah.

1. Klik pada http://www.linkwithin.com/learn

2Masukkan maklumat Email, Blog link, Platform dan Width.
     Kemudian klik pada Get Widget!

Nasyid Yang Ditakuti Israel - Zalzil Amna Israel


ZALZIL AMNA ISROIL (Gegarlah Keamanan Israel)
Taqoddam zalzil zalzalah
Wazalzil zalzil zalzalah
Qum zalzil zalzalah
Zalzil amna isroil..

Thursday, 29 October 2015

For Sale: New Jacket/Sweater with Hoodie (Korean Style)

Men's Jacket Coat with Hoodie

RM 40
RM 40
RM 40 sahaja !!

Item Details:
* New Item
* Ready Stock
*Gender: Men
*Version:Slim-type
*Style:Casual
*Color : Grey, Black.
*Size : M

* Please pay attention that this Shirt is Korean Style, so it's shorter and tighter than your ordinary clothes, which means you need 1-2 size larger size than usual.
*Shipping Method : Pos Laju/COD
*Price is not included with shipping fee.
*****************
Shipping Fee :
Peninsular RM6
Sabah Sarawak RM10

Contact person: 0137758640 

Tuesday, 27 October 2015

Tanda-tanda Dunia Telah Masuk Dalam Hati


Tanda-tanda Dunia Telah Masuk Dalam Hati

1. Sering melengah-lengahkan solat fardhu
2. Tidak sedikitpun meluangkan masa membaca lembaran Al-Quran lantaran terlalu sibuk
3. Selalu berfikir setiap waktu bagaimana harta semakin bertambah
4. Marah apabila orang memberi nasihat bahawa apa yang dilakukan adalah salah
5. Menunda perkara yang baik dan berfikir akan lakukannya kemudian
6. Tertarik dengan kehidupan selebriti
7. Kagum dengan kehidupan orang-orang yang kaya raya
8. Ingin menjadi perhatian orang ramai
9. Selalu bersaing dan ingin mendahului orang lain dalam memperoleh cita-cita duniawi
10. Selalu berasa tidak cukup dengan apa yang ada
11. Tidak berasa bersalah apabila melakukan dosa
12. Memiliki ramai kawan yang langsung tidak mengingatkan anda kepada Allah
13. Menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia
14. Berasa malas dan berat melakukan amal ibadah
15. Lebih suka menerima daripada memberi
15. Ingin supaya Allah kabulkan segala permintaan, tapi langsung tidak taat pada Allah
16. Merasakan harta mampu berikan kebahagiaan dan ketenangan
17. Cemburu dan iri hati terhadap kesenangan orang lain
18. Merasakan perjalanan hidup di dunia masih panjang
19. Menjadi seorang yang kedekut dan bakhil
20. Menganggap tuntut ilmu dunia lebih berbaloi daripada ilmu agama

Manusia sememangnya memerlukan dunia. Kerana di dunia sahajalah peluang untuk kita beramal soleh. Bila dah terpisah roh dan jasad, maka terhentilah amal soleh. Tetapi jangan biarkan dunia itu masuk dalam hati kita. Biarlah dalam hati kita hanyalah ada Allah SWT, bukan dunia, bukan makhluk.

Analoginya seperti kapal yang belayar di lautan. Kapal itu umpama hati kita, manakala lautan itu umpama dunia. Kapal memerlukan air lautan untuk belayar. Namun jangan sesekali biarkan air masuk ke dalam kapal, kerana lambat laun kapal akan karam dan tenggelam. Begitu juga hati kita. Biarlah hati belayar di dunia, asalkan jangan biarkan dunia masuk dalam hati kita. Jika hati kita tidak bocor, InsyaAllah kita akan sampai ke pelabuhan syurga yang diidamkan tanpa karam dipertengahan jalan.

Semoga Allah beri taufik dan hidayah untuk kita terus mentaati Allah SWT.

Friday, 23 October 2015

Perkhemahan Orientasi Rakan Muda (PORAM)

Beberapa hari yg lepas, Sekretariat Rakan Muda (SRM-UTMJB) telah berjaya menganjurkan satu program khusus untuk ahli-ahli yang fresh and baru join this club. Program tersebut diberi nama 'Perkhemahan Orientasi Rakan Muda' atau ringkasnya PORAM.

Program tersebut bertempat di Pantai Pasir Lanun, Mersing dan berlangsung selama 3hari 2malam. Seramai 70 orang peserta telah mengikuti percutian perkhemahan ini diiringi oleh beberapa orang facilitator yang terdiri daripada hakak2 dan abam2 senior SRM.

Program berjalan lancar dan sangat memuaskan hati jantung dan otak dek kerana program ini lebih kepada santai menyantai. Kalau dalam bahasa Arab disebut Taaruf iaitu proses nak kenal2. Haha

Disini dengan sukacitanya, aku nak kongsikan pengalaman aku sepanjang menjadi peserta PORAM.

Wednesday, 21 October 2015

Koleksi Ceramah: Peranan Umat - Ustaz Long


Koleksi Ceramah: Ustaz Long - Peranan Umat


Untuk mempersiapkan diri kita untuk kembali pada Allah, kita ada 2 tugas,

Pertama, sebagai manusia of coz kita perlu worship Allah. Sebagai manusia kita perlu beribadat kepada Allah.

Kedua, sebagai ummat Muhammad SAW, kita perlu sambung fikir baginda, kita perlu sambung kerja baginda, kita perlu sambung risalah baginda.

Friday, 16 October 2015

Lirik Lagu: Takut Kehilanganmu - Denis Chairis


Lirik Lagu Takut Kehilanganmu - Denis Chairis

Akan kujaga kisah cinta kita
Jangan pernah ada hati yang terluka
Sungguh ku takut jika engkau jauh
Kerna aku takut kau berpaling dariku

Ku takut sungguh takut
Takut kehilanganmu
Jangan pernah kau pergi
Pergi meninggalkanku

Sunday, 4 October 2015

Tutorial Photoshop : Cara Buat Tulisan Melengkung (Logo Bulat)

 BraderOuhsem Inc.
Assalamualaikum

Hari ni aku nak kongsikan kat korang macam mana caranya untuk menghasilkan tulisan melengkung. tengoklah macam logo kat atas ni. Cantik tak? Hoho

Tutorial kali ni aku pakai logo Starbucks Coffee sebagai rujukan. Memang aku belajar dari sifu aku pun dia ajar camne nak buat sebijik macam logo Starbucks. Haha. Tak nak cakap banyak lagi. Jom terjah!

Saturday, 3 October 2015

Senarai Website Yang Menawarkan Template Blog Secara Percuma


Assalamualaikum.

         Kalau anda2 semua nak tahu, template blog sebenarnye memainkan peranan yang amat penting. Sesebuah blog yang menggunakan template yang bagus, kemas dan tersusun sudah semestinya akan membantu untuk tarik lebih ramai pengunjung. Jadi pilih aje template yang sedap mata memandang.

          "Macam mane ye nak tentukan templete mana yang bagus?"

Thursday, 1 October 2015

Tutorial Photoshop: Cara Buat Gambar Jadi Transparent


Assalamualaikum.

Malam ni Boi nak kongsikan kat korang camne caranya nak hilangkan background dan buatkan gambar korang jadi transparent. Dengan erti kata yang lain, korang nak buang part yang korang tak nak. Contohnye korang ber'selfie' dalam toilet, tapi korang jadi segan sebab macam.... entah laa nak cakap cmne.. haha.. Maka teknik ni boleh digunakan. Nak belajar tak? Tapi aku ajar yang basic je la. Haha. Okayy, jom terjah!!

Wednesday, 30 September 2015

Lirik Lagu : Biarkanlah - Drama Band


Lirik Lagu : Biarkanlah - Drama Band

Semua pernah tercipta
Seakan terhapus sudah segala
Tak mampu ku kembali
Biarkan saja berakhir di sini

Tuesday, 15 September 2015

Lirik Lagu : Hati Mati - Ezad Lazim ft RJ


Lirik lagu : Hati Mati - Ezad Lazim ft RJ

Di balik waktu aku mencari
Diriku yang hilang
Di dasar hati semakin sunyi
Semakin jauh

Thursday, 3 September 2015

Pergerakan Yang Sama.. Maksud Yang Berbeza


Pergerakan yang sama dengan membawa beg ke seluruh pelosok dunia... tapi atas maksud yang berbeza...

Satu bergerak untuk melancong, mencari ketenangan dan kerehatan 
daripada kesibukan kerja dunia...



Satu lagi bergerak hanya untuk mencari keredhaan Allah...


Wallahualam

Friday, 7 August 2015

Design Baru



This is my new design for my blog. Aku cadang nak tukar template baru. Sebab template ni nampak dull and membosankan. haha. So bermulalah pencarian template2 yang cun melecun untuk mencantikkan blog aku ni. Biasalah, manusia takkan pernah puas dengan apa yang dia ada. Tapi aku tak nak la berfikiran macam tu kan. Positifnya, kita kena tukar bertujuan untuk improvement. Ini Kalilah! *tetibe


So kat atas ni adalah hasil design untuk header aku. Touch-up sikit2 aje. Tak ada masa nak edit lebih2. Apa pun, stay tuned okayy. =)

***************

Saturday, 25 July 2015

Edisi Potpet: Peristiwa Semalam


21 Julai 2015

Termenung. Teringat peristiwa semalam. Hampir menjadi arwah. Tapi syukur Alhamdulillah Allah masih sayangkan aku. Masih lagi dipanjangkan umur.

*********

         Kereta perodua kancil dipandu laju. Sahabat baikku, Mus sedang asyik memegang stereng sambil menghayati lagu rock kapak yang kedengaran di corong radio. Aku berada disebelah sahabatku. Mata dah lali mintak dipejamkan. Mana tidaknya, jam dah pukul 4 pagi. Perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur kali ini mengambil masa yang agak lama. Mungkin kerana sesak di beberapa laluan menuju ke ibu kota. Maklumlah, masing-masing hendak pulang ke kota untuk menyambung pekerjaan setelah beberapa hari beraya di desa. Aku cuba sedaya upaya untuk tidak lelap demi untuk menemani sahabatku memadu kereta. Namun, aku tewas.  Mata tertutup rapat.

Tiba-tiba aku terjaga dan terus menjadi panik apabila melihat kereta sudah hampir ke tepi jalan melepas garisan putih. Ya Allah! Aku terus mencuit siku sahabatku yang kelihatan matanya sudah lali dan hampir terpejam. Lalu dia betulkan kembali stereng. Jantung aku berdegup kencang. Alhamdulillah Allah kejutkan aku. Alhamdulillah.

“Hoi, kalau kau mengantuk berhentilah dulu”. Aku memberi cadangan.
“Okay, kita berhenti di R&R kejap lagi” dia membalas.

Jauh lagi sebenarnya untuk sampai ke R&R yang terdekat. Dalam 20 kilometer dihadapan. Sambil dia meneruskan perjalanan, aku sekali lagi cuba sedaya upaya aku untuk terus bertahan daripada tertidur. Namun, sekali lagi aku gagal. Untuk kedua kalinya aku terjaga apabila menyedari kereta sudah rapat ke ‘divider’ yang berada di tengah jalan. Untuk kedua kalinya juga sahabatku terlelap sambil memegang stereng! Allahuakbar. Cepat-cepat aku pusing sedikit stereng untuk jauhkan kereta dari ‘divider’. Sahabatku tersentak dan dengan segera memacu kembali kereta yang hilang kawalan seketika tadi. Ya, Cuma seketika, sedetik. Namun mampu meragut nyawa kami. Alhamdulillah, untuk kedua kalinya Allah bantu kami. Sahabatku itu terus buat keputusan untuk berhenti di tepi jalan dan tidur. Aku mengangguk setuju.

*********

Apa yang aku cuba sampaikan disini bukanlah nak cakap aku hebat ke ape. Akan tetapi aku hendak memberitahu bahawa Allah yang bersifat Maha Penyayang telah menyedarkan aku dari tidur ketika kecelakaan hampir mengunjung tiba. Subhanallah! Allahuakbar!

Sunday, 17 May 2015

Edisi Potpet: Rawatlah Hati


    Kebiasaannya aku lebih suka mendengar luahan perasaan orang lain daripada meluahkan apa yang terbuku dihati aku. Sejujurnya aku seorang yang bersifat perahsia, tak mudah untuk berkongsi cerita pada orang lain. Tapi aku bukanlah seorang penasihat yang baik. Mendengar sahaja boleh lah. Tapi rasanya tak mampu nak tolong orang lain selesaikan masalah atau kerunsingan yang dihadapi. Aku bukannya pakar kaunseling atau consultant yang boleh kasi idea atau solusi yang bernas. Cumanya, apabila sesuatu hal yang melibatkan pengalaman aku, boleh la aku kasi tips cadangan. So, kalau ada member bukak topik pasal hal rumahtangga, aku rasa aku masih belum yakin nak suarakan pendapat. Tapi kalau dalam bab percintaan alam remaja, insyaAllah aku akan cuba termampu aku untuk memberi pendapat. Manusia ni bila berdepan masalah, fikiran akan terganggu, emosi kelaut, tindakan tak berapa terkawal. Jadi elok la kalau waktu ini ada sahabat yang boleh bagi nasihat. Walaupun simple sekalipun, tetap amat bermakna dan membantu bagi yang terganggu emosinya.

Tapi sejak dua menjak ni, aku rasa aku perlukan tempat untuk luahkan masalah aku. Disebabkan aku seorang yang perahsia, jadi aku perlukan seorang sahabat yang betul-betul aku percaya dan yakin boleh bimbing aku. Semua orang ada masalah kan? Baik lelaki mahupun perempuan. Masalah percintaan, masalah pelajaran, masalah kesempitan wang, dan bermacam-macam lagi. Jadi masalah yang aku hadapi ini lebih kepada masalah akhlak dan moral yang mana akan memberi kesan besar kepada kehidupan seharian aku. Aku rasa hati aku ni dah rosak, pecah, hancur berkecai. Cewahh. Masalah hati ni sangat sukar dan rumit nak atasi melainkan dengan pengisian rohani seperti ilmu agama, iman, dan amal. Dan masalah hati ini jugak sebenarnya yang akan menyebabkan masalah lain timbul seperti tak dapat jaga solat dengan sempurna, berhasad dengki, bersangka buruk, mendekati maksiat, dan banyak lagi. Jadi, masalah hati sebenarnya adalah akar tunjang kepada masalah yang sedia ada. Kalau kita cepat-cepat rawat hati, maka insyaAllah daun-daun pohon akan sihat dan segar. Daun yang rosak sudah tidak ada lagi, gugur seperti gugurnya dosa-dosa lampau. Maka terhasil lah pokok yang kuat, gagah, besar, tiada penyakit. Dan indahnya lagi apabila terhasil buah-buah iman yang manis dan ranum.

Kalau dari aspek agama, kesemua masalah atau beban yang ditanggung semuanya adalah ujian yang mana datangnya daripada Allah S.W.T. Tak lain dan tak bukan adalah untuk menguji hambanya dalam mentaati hukum dan peraturanNya. Keimanan dan kesabaran adalah teras yang penting sewaktu menghadapi ujian. Yakinlah bahawa Allah tak akan membebankan seseorang itu melebihi kemampuannya. Semuanya Allah dah aturkan baik-baik, sangat sempurna, dan sudah tentu ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Orang yang redha akan qada dan qadar, pastinya memiliki kehidupan yang tenang tenteram, aman damai, dan tidak akan sesekali putus asa dengan rahmat Allah yang Maha luas ini.

Pernah dengar tak cakap-cakap orang yang mengatakan bahawa “Allah bagi ujian tu tandanya Allah sayang kat kau la tu”. Apa sebenarnya penerangan yang jelas mengenai Ujian Tanda Allah Sayang? Apa yang aku tahu, bilamana kita menghadapi sesuatu masalah atau kesulitan, kita mesti teringat pada Allah dan berdoa memohon pertolongan. Kalau tak ada masalah, jarang sekali kita nak menangis merayu pada Allah. Jadi maksudnya disini Allah hadirkan ujian sebab Allah rindu nak dengar suara kita merintih. Logikkan? Yang menariknya lagi setiap ujian, masalah, kesusahan, kepayahan, keperitan, kesakitan, Allah bayar dengan pahala kebaikan, jika seseorang itu redha atas takdir ketentuan, ikhlas dan sabar menghadapinya. Contohnya jika seseorang itu demam walau hanya semalaman pun, Allah akan gugurkan dosa-dosa kecilnya. Allahuakbar. Baiknya Allah kan. Ini baru demam, kalau kepayahan dalam menuntut ilmu? Kesakitan mempertahankan agama? Kesedihan menerima berita kehilangan orang tersayang? Yakinlah bahawa semua itu ada hikmah. Yang penting pohonlah pertolongan kepada Allah dengan Sabar dan Solat. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan Allah. Allahumma ameen.

Monday, 20 April 2015

Lirik Lagu: Kerna Ku Sayang Kamu - Dygta


Kerna Ku Sayang Kamu - Dygta

Seandainya kau ada di sini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Ku ingin bersama dirimu

Ku tak akan pernah berpaling darimu
Walau kini kau jauh dariku
Kan s’lalu ku nanti
Karena ku sayang kamu

Hati ini selalu memanggil namamu
Dengarlah melatiku
Kuberjanji hanyalah untukmu cintaku
Tak kan pernah ada yang lain

Adakah rindu di hatimu
Seperti rindu yang ku rasa
Sanggupkah ku terus terlena
Tanpamu di sisiku
Ku kan selalu menantimu


Tuesday, 3 March 2015

Lirik Lagu: Hargai Aku – Armada


Hargai Aku – Armada


Seringkali kau merendahkan ku
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa

Selalu saja kau anggap ku lemah
Merasa hebat dengan yang kau punya
Kau sombongkan itu semua

Sunday, 8 February 2015

Lirik Lagu: Aku Mahu Dia - Hazama


Aku Mahu Dia - Hazama

Saat aku kenali dia
Hati ini selalu gundah
Selalu ingin dekati
Dan ingin menghampiri dia

Aku mahu dia milikku
Ku harap semua pun tahu
Bahagia terasa bila
Ku melihat senyumannya

Saturday, 24 January 2015

Lirik Lagu: Jauh Di Mata - Ahmad Jais


Jauh Di Mata - Ahmad Jais

Bertahun-tahun sudah lama
Tiada pernah kita berjumpa
Dikau pergi entah ke mana
Duhai kawanku nan setia

Ku teringat masa dahulu
Masa kita berada di rantau
Irama senandung anak dara
Itu nyanyian kita berdua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...