LightBlog

Thursday, 10 January 2013

12 Tanda Hati Kita Mati

Thursday, January 10, 2013 0
Tanda Hati Mati


12 Tanda Hati Kita Mati

1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak2-Nya

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah Baginda

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum2 di dalamnya

4. Memakan rezeki dan nikmat2 Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya

5. Mengaku dosa banyak, tetapi tidak mahu bertaubat

6. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya

7. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya

8. Mengaku berasa kasihan dengan saudara seIslam yang ditindas, tetapi tidak berdoa pun untuk mereka

9. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya

10. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak buat persediaan untuknya

11. Menyibukkan diri membuka aib orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri

12. Menghantar dan menguburkan jenazah saudara seIslam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Wallahualam..