LightBlog

Wednesday, 28 August 2013

Panas api neraka 70 kali panas matahari

Wednesday, August 28, 2013 0

Assalamualaikum
sahabat2 yang dikasihi oleh Allah
tahukah anda
matahari merupakan bintang terdekat dengan bumi 
dengan jarak purata 149,680,000 kilometer
dan mempunyai diameter 1,391,980 kilometer 
dengan suhu permukaan 5,500°C 
dan suhu teras 15juta °C
jenis batu atau logam apapun yang ada di bumi ini 
akan lebur pada suhu setinggi itu

Subhanallah!!
cuba bayangkan betapa panasnya cahaya matahari tersebut
tetapi pernah tak anda terfikir bahawa kepanasan api neraka
70 kali ganda dari kepanasan yang ada di alam ini



Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Kepanasan api kamu yang digunakan oleh anak Adam di dunia ini hanyalah sepertujuh puluh kepanasan api Neraka Jahanam." Sahabat-sahabat Baginda berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya sekadar itu pun cukuplah untuk menyeksa." Baginda S.A.W. bersabda: "Meskipun demikian, kepanasan Neraka Jahanam ditambah melebihi kepanasan api dunia sebanyak enam puluh sembilan bahagian yang tiap-tiap satunya seperti kepanasan api dunia ini."
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

Bayangkan kalau percikannya (sebesar lubang jarum)
sahaja pun sudah boleh menghancurkan seluruh alam ini.
Jadi bagaimana manusia hendak menghadapinya walaupun untuk 1/2 saat sahaja

Na'uzubillah
Semoga Allah jauhkan dan selamatkan kita daripada azab api neraka
Ameen

***************

Monday, 19 August 2013

Percutian ke Langkawi PART 2

Monday, August 19, 2013 0
Assalamualaikum
and hye hye hye

2 hari lepas aku dah update pasal percutian aku ke Langkawi
so, nak sambung untuk hari ke 3,4 dan 5
disebabkan tujuan aku datang ke Langkawi just lepak2 ngan membe
so, jadual jalan2 tak la pack pun
santai2 ja
=)

Tanggal 13hb Ogos bersamaan hari Selasa
macam hari sebelum nie, bangun lewat gak
ohohoho
then dalam kul 12tghari, si sufi nie ajak aku pi kenduri
ada kenduri jiran dekat2 umah dia
segan plak aku, tapi dah rezeki kan
alhamdulillah

lepas zohor, gerak ke cable car gunung mat cincang
tapi sebelum naik, kitorang bergambar jap kat tempat yang ada kapal2 tu





naek cable car nie kalau tak salah aku rm30 kot untuk dewasa
time kitorang pegi nie tak ramai pun pengunjung
so, taklah beratur panjang pun
=)





naminara garden nie dah macam kat korea dah

malam kitorang just lepak2 kat dataran helang ja
tengah malam balik umah
..huhu..





Tanggal 14hb Ogos bersamaan hari Rabu
kul 9 pagi gerak ke Pantai Tanjung Rhu
jauh gak daripada umah dia
yang nie pun lepak2 jugak
tak ada mood la nak mandi pagi2 kan
baru ja mandi kat umah
haha



lepas asar dalam pukul 5 petang kitorang gerak ke Pantai Chenang
pantai nie memang famous kat langkawi
sapa pegi langkawi memang sah akan lepak kat pantai chenang
motif kami pada petang tu bukan untuk mandi manda
tapi just nak tengok matahari terbenam
omputih sebut sunset
haha



opsss, selfie plak





malam tu malam last aku kat langkawi
esok tu da nak balik da
aktiviti last untuk esok just shopping
beli coklat banyak2
hew2~

Adik nie nama dia Hanni

nie pulak abg ensem namanya..hehe

hope dapat pegi lagi langkawi
hanya bajet rm200, dapat stay selama 5hari 4malam kat sana
tak ke untung camtu
so, cepat2 la korang carik membe yang dok Langkawi
senang sket nak jimat
wakakaka

okay la
sekian saja coretan kali ini
lain kali kita jumpa lagi noh
bye2

wassalam
*******************

Friday, 16 August 2013

Percutian ke Langkawi PART 1

Friday, August 16, 2013 0
Assalamualaikum
and hye hye hye

apa khabar warga siber sekalian?
kali nie nak update pasal percutian aku ke Pulau Langkawi
lama kott, 5hari 4malam
jangan jeles okayy

sebenarnya nie bukan percutian yang dirancang
sebab apa aku cakap camtu..
sebabnya..nie merupakan invitation daripada membe matriks aku dulu
dia ajak aku pi sana coz dia dok kat Langkawi
so, alang2 dah cuti, aku gunakan sebaiknya masa yang ada untuk melancong
walaupun duit poket time tu ada rm200 ja
tapi aku gagahkan jugak pegi sana sebab aku bukan dok hotel
bukan kena sewa keta bagai
tapi dok umah dia ja pun, pakai moto dia
so, taklah pakai duet banyak sangat kan
untungkan?
hew2~

Tanggal 11hb Ogos bersamaan hari Ahad
awal2 pagi lagi aku da gerak ke jeti kuala kedah
tiket feri rm23 untuk dewasa pukul 7.30
rasa tak best plak sebab gerak sorang2
tapi apakan daya, dah tak ada membe lain
..huhu..

sampai jeti kuah, aku terus call membe aku tu suruh amek aku
oh ya, nama dia Sufi
kat matrik dulu bilik dia dekat ja ngan bilik aku
tapi dulu tak pernah pun ajak aku gi Langkawi
tak apalah, rezeki aku hanya terdapat pada kali ini
syukurr~

tengah tunggu dia nak datang ambik,
aku jalan2 jap kat dataran helang
sebab dataran tu sebelah jeti ja
tak dapat amek gambar sebab sorang2 ja
T.T

kul 10 lebih dia sampai
bawak aku pergi umah dia
kat umah dia ada sorang lagi membe tengah tunggu
tapi, kitorang tak terus gerak
rehat dulu kejap sampai tengahari
then, kul 2 lepas zohor baru gerak pegi Island Hopping
harga untuk pakej Island Hopping yang kitorang amek ni rm25
pakej dia ada 3 pulau: Pulau Dayang Bunting,
Pulau Singa Besar, Pulau Beras Basah

yang nie pun aku tak ada gambar
sebab niat memang nak gi mandi manda
takut basah, so tak bawak plak kamera
huhu

kat pulau dayang bunting aku tak mandi pun
sebab taknak beli pelampung (tak reti berenang, tasik)
time kat pulau singa besar, kitorang dapat lihat banyak gila burung helang
teruja gak la..haha
haaa, then time kat pulau beras basah baru aku mandi
pantai dia okay la
mandi 30minit, pastu naek, takot hitam kulit
sebab time tu baru kul 4petang, panas derr
tapi kat situ ada ikan comel2
ikan ala2 nemo pun ada, cutenya
malam tak gerak mana2, masing2 letih
nengok tv ja lah

Tanggal 12hb Ogos bersamaan hari Isnin
masing2 bangun lewat, haha
so, petang kul 2 baru gerak pegi Galeri Tun Mahathir
atau lebih dikenali Galeria Perdana
harga tiket rm5 ja
kat sini ada ditempatkan koleksi hadiah dari pemimpin2 negara lain
kepada mantan Tun Dr Mahathir serta isterinya
sepanjang berkhidmat selama 22 tahun sebagai perdana menteri
ada 3 blok bangunan 3tingkat





malamnya kitorang pergi uptown kuah langkawi
tak beli apa2 pun
tengok2 ja
huhu

aku benti sampai sini dulu la
ponat eden monaip
sambung nanti pulak
nantikan kupasannya dalam PART 2 Langkawi
hahaha

sekian
*****************