Tuesday 27 October 2015

Tanda-tanda Dunia Telah Masuk Dalam Hati


Tanda-tanda Dunia Telah Masuk Dalam Hati

1. Sering melengah-lengahkan solat fardhu
2. Tidak sedikitpun meluangkan masa membaca lembaran Al-Quran lantaran terlalu sibuk
3. Selalu berfikir setiap waktu bagaimana harta semakin bertambah
4. Marah apabila orang memberi nasihat bahawa apa yang dilakukan adalah salah
5. Menunda perkara yang baik dan berfikir akan lakukannya kemudian
6. Tertarik dengan kehidupan selebriti
7. Kagum dengan kehidupan orang-orang yang kaya raya
8. Ingin menjadi perhatian orang ramai
9. Selalu bersaing dan ingin mendahului orang lain dalam memperoleh cita-cita duniawi
10. Selalu berasa tidak cukup dengan apa yang ada
11. Tidak berasa bersalah apabila melakukan dosa
12. Memiliki ramai kawan yang langsung tidak mengingatkan anda kepada Allah
13. Menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia
14. Berasa malas dan berat melakukan amal ibadah
15. Lebih suka menerima daripada memberi
15. Ingin supaya Allah kabulkan segala permintaan, tapi langsung tidak taat pada Allah
16. Merasakan harta mampu berikan kebahagiaan dan ketenangan
17. Cemburu dan iri hati terhadap kesenangan orang lain
18. Merasakan perjalanan hidup di dunia masih panjang
19. Menjadi seorang yang kedekut dan bakhil
20. Menganggap tuntut ilmu dunia lebih berbaloi daripada ilmu agama

Manusia sememangnya memerlukan dunia. Kerana di dunia sahajalah peluang untuk kita beramal soleh. Bila dah terpisah roh dan jasad, maka terhentilah amal soleh. Tetapi jangan biarkan dunia itu masuk dalam hati kita. Biarlah dalam hati kita hanyalah ada Allah SWT, bukan dunia, bukan makhluk.

Analoginya seperti kapal yang belayar di lautan. Kapal itu umpama hati kita, manakala lautan itu umpama dunia. Kapal memerlukan air lautan untuk belayar. Namun jangan sesekali biarkan air masuk ke dalam kapal, kerana lambat laun kapal akan karam dan tenggelam. Begitu juga hati kita. Biarlah hati belayar di dunia, asalkan jangan biarkan dunia masuk dalam hati kita. Jika hati kita tidak bocor, InsyaAllah kita akan sampai ke pelabuhan syurga yang diidamkan tanpa karam dipertengahan jalan.

Semoga Allah beri taufik dan hidayah untuk kita terus mentaati Allah SWT.

1 comment: