Monday 16 November 2015

11 Tanda Orang Berbahagia


Assalamualaikum
Hari ni nak kongsikan kat korang apa yang diungkapkan oleh Tuan Guru Ustaz Dato' Ismail Kamus berkaitan 11 Tanda Orang Yang Memperoleh Kebahagiaan.

Apa itu Bahagia? Apakah tanda seseorang itu mempunyai hidup yang bahagia, aman damai dan tenteram? Ada 11 tanda yang dibicarakan oleh Tuan Guru iaitu:

1. Kurang bercakap, melainkan yang perlu
2. Sentiasa merendah diri (tawwaduk)
3. Berkasih sayang sesama makhluk
4. Bersahabat dengan orang soleh
5. Menjauhi daripada yang haram
6. Berguna kepada masyarakat
7. Tidak rakus dengan dunia
8. Memelihara solat 5 waktu
9. Sentiasa mengingati mati
10. Pemurah dan baik hati
11. Sibuk dengan ibadah

Sesungguhnya, kebahagiaan itu tidaklah boleh diukur dengan wang, harta, pangkat, ataupun bilangan kawan yang ramai. Tetapi kebahagiaan itu adalah kesan daripada hati dan jiwa yang sentiasa dipelihara dan dididik dengan baik. Sebagai contoh, ada orang yang mempunya harta yang banyak tetapi hidupnya resah gelisah, tiada menemui kebahagiaan. Sehinggakan pula harta itu menjadi asbab dia dimasukkan ke dalam neraka. Nauzubillah. 

Tetapi ada juga orang yang banyak harta hidup dalam kebahagiaan dan sentiasa mendapat limpah rahmat dari Allah. Contoh terbaik ialah baginda Nabi Muhammad SAW. Berdasarkan 11 tanda tadi, semuanya ada pada baginda Nabi Muhammad SAW. Makna kata disini, kita ikut contoh teladan baginda Nabi, InshaAllah kita akan peroleh kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat sana.

Banyak lagi sebenarnya tanda seseorang itu memperoleh kebahagiaan. Antaranya ialah 'Redha dengan Qada dan Qadar Allah'. Bilamana kita menerima suratan takdir yang Allah tetapkan untuk kita dengan sabar dan ikhlas, maka disitulah kita akan merasa tenang dan tenteram. Berbahagialah orang-orang seperti ini!

Akhir kata, ingatlah dan yakinlah bahawa yang memberi kebahagiaan itu adalah Allah Azzawajalla. Dialah pemilik sebenar hati dan jiwa. Maka pohonlah segala-galanya pada Dia. InshaAllah kebahagiaan itu akan datang kepada diri kita dengan izin Allah SWT. Meskipun tidak datang dengan cara A, tetapi dengan cara B dan C. 

Wallahualam bissowab

No comments:

Post a Comment