Friday 23 October 2015

Perkhemahan Orientasi Rakan Muda (PORAM)

Beberapa hari yg lepas, Sekretariat Rakan Muda (SRM-UTMJB) telah berjaya menganjurkan satu program khusus untuk ahli-ahli yang fresh and baru join this club. Program tersebut diberi nama 'Perkhemahan Orientasi Rakan Muda' atau ringkasnya PORAM.

Program tersebut bertempat di Pantai Pasir Lanun, Mersing dan berlangsung selama 3hari 2malam. Seramai 70 orang peserta telah mengikuti percutian perkhemahan ini diiringi oleh beberapa orang facilitator yang terdiri daripada hakak2 dan abam2 senior SRM.

Program berjalan lancar dan sangat memuaskan hati jantung dan otak dek kerana program ini lebih kepada santai menyantai. Kalau dalam bahasa Arab disebut Taaruf iaitu proses nak kenal2. Haha

Disini dengan sukacitanya, aku nak kongsikan pengalaman aku sepanjang menjadi peserta PORAM.


Jumaat
Lepas solat jumaat lebih kurang pukul 3, 2 biji bas yang berisi peserta2 telah bertolak daripada UTM ke Pantai Pasir Lanun, Mersing. Perjalanan selama 2 jam ditempuhi dengan rela hati demi menjejakkan kaki di pantai. Terbayang-bayang butir2 pasir yang halus2 dan enak dipijak. Terbayang jugak melihat lanun2 sedang main daun terup di pantai. Ehh?

Kami sampai dalam pukul 5.30 petang, khemah diberi dan terus didirikan. Then lepas solat Asar berjemaah, kitorang santai kejap tepi pantai sambil dihidangkan jamuan makan petang.

Selepas solat Maghrib maka bermulalah aktiviti yang pertama iaitu 'Ice Breaking'. Ada beberapa slot untuk sesi pacah ais ni, malangnya aku dah tak ingat apa nama slot yang pelik2 tu. Tapi apa yang jelas, semuanya mementingkan elemen interaksi dan komunikasi.


segannya bila jadi perhatian ramai..huhu
Slot yang terakhir ialah pembahagian kumpulan. Cara yang pelik unik digunakan. Setiap orang dilekatkan satu sticker kat bahagian belakang badan. Sticker tu menunjukkan reaksi muka seperti gembira, marah, sedih, takut, muram, terkejut dan lain2 lagi. Ada 9 jenis reaksi muka bermakna ada 9 group. Setiap reaksi muka tu ada 8 yang sama, bermakna setiap kumpulan akan ada 8 orang ahli. 

Syaratnya, setiap peserta tidak dibenarkan buka mulut. So, macam mana nak tahu sticker apa yang melekat kat belakang badan masing2? Caranya kenalah tanya orang lain, tapi orang lain tak boleh buka mulut menyebabkab orang lain terpaksa buat mimik muka serupa macam sticker tu. Aneh kan? Kikiki. 

Selepas dah jumpa ahli group, macam biasa lah kena cipta nama group, slogan, dan cheers kumpulan. Cheers kumpulan aku pada mulanya sangatlah tak enak dan tak mesra alam. Tapi keesokannya kitorang ada buat penambahbaikan. Huhu. 

Okay abaikan slot pecah ais tu. Aktiviti yang seterusnya ni confirm tak boring punyalah. Aktiviti yang dimaksudkan ialah 'Jungle Trekking'. Korang dah boleh agak kan aktiviti ni macam mana. Masuk hutan secara berkumpulan tapi keluar hutan sorang-sorang beb. Time jalan sorang-sorang tu la ada makhluk jelmaan yang pelbagai bunyi di sekitar laluan. Bagi yang hati kental macam aku ni, opkos la senyum lebar je. Tapi bagi golongan perempuan atau lelaki separuh perempuan, dah tentu kecut buah pinggang kan. Ada pulak tu yang menjerit bagai. Aku siap selfie lagi dengan encik2 hantu semua. Kehkeh

Sabtu
Lepas solat subuh berjemaah, dalam lebih kurang pukul 7pagi ada senaman pagi serta jogging di sekitar pantai. Rasa nyaman je hirup udara segar pagi-pagi cenggini. 




Aktiviti pada pagi ini ialah membina kota dan istana pasir. Kota kumpulan aku semua ada. Istana, rumah2, hospital, hotel, mall, stadium dan lain2 lagi. Tapi... tak menang sebab tak cantik langsung. kahkahkah.

macam kota zaman dulu2 aje 

ikan duyung pun hado

kreatifnye.. kereta F1

abam2 dan hakak2 senior SRM
Aktiviti yang seterusnya ialah 'abseiling' kat bukit yang berhampiran pantai. Kena turun cerun bukit pakai tali. Dah turun kena jerit nama masing2 dengan kuat. Paling kuat sehabis boleh. Haha


tengah tunggu beberapa kerat lagi yang belum turun


Aktiviti petang hari pulak adalah Explorace. Ada lebih kurang 10 checkpoint. Tapi cuaca agak tak mengizinkan sebab hujan turun dengan lebatnya dipertengahan game. Kumpulan aku baru 3 or 4 checkpoint settle. Alhamdulillah tak payah la penat2 lari, ye dak. 

Aktiviti malam pulak macam biasa lah, Malam Kebudayaan. Kalau tak ada benda ni tak sah la kan. Huhu. Group aku kena lakonkan semula iklan raya Petronas yang pasal 7 orang anak beli lembu untuk mak dia. Tak jadi langsung, hancuss. Prop hape pun tak ada. Malu weyhh. Ahahaha



Tamat sudah hari kedua di Pantai Pasir Lanun, Mersing. Masuk khemah terus lelap. Kroh3~

Ahad
Hari terakhir di Pantai Pasir Lanun. Aktiviti awal pagi macam biasa iaitu senaman pagi dan jogging di tepi pantai. 



Pukul 10 pagi lepas sarapan, ada aktiviti sukaneka. Game yang pertama, bawak bola pingpong dengan mata tertutup. Cabarannya ialah, ada halangan yang perlu dielakkan seperti ranting kayu, baldi air, cawan air. Ahli group yang lain kena jerit supaya jangan terlanggar benda larangan tersebut.

Nih kumpulan aku



Game seterusnya ialah mengisi air laut ke dalam baldi sampai penuh. Tips untuk cepat penuh, korang carilah kasut ye. Crocs pun jadilah kalau sayang kasut sukan korang basah. Group aku hampeh sebab kitorang cuma pakai kain perah masuk dalam baldi. Dah la kain saiz kecik2. 


Pakai kasut confirm cepat penuh



Alhamdulillah,tamat sudah Program PORAM di Pantai Pasir Lanun, Mersing. Sebelum balik ada penyampaian hadiah untuk group2 yang menang. Walaupun group aku tak menang, tapi tak kesah lah. Janji dapat pengalaman. 





Terima kasih diucapkan kepada abam2 dan hakak2 senior SRM-UTMJB kerana manjadi facilitator hadek2 junior. Tahniah diucapkan kerana program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Terbaikk!!

No comments:

Post a Comment