Friday, 23 October 2015

Perkhemahan Orientasi Rakan Muda (PORAM)

Friday, October 23, 2015 0
Beberapa hari yg lepas, Sekretariat Rakan Muda (SRM-UTMJB) telah berjaya menganjurkan satu program khusus untuk ahli-ahli yang fresh and baru join this club. Program tersebut diberi nama 'Perkhemahan Orientasi Rakan Muda' atau ringkasnya PORAM.

Program tersebut bertempat di Pantai Pasir Lanun, Mersing dan berlangsung selama 3hari 2malam. Seramai 70 orang peserta telah mengikuti percutian perkhemahan ini diiringi oleh beberapa orang facilitator yang terdiri daripada hakak2 dan abam2 senior SRM.

Program berjalan lancar dan sangat memuaskan hati jantung dan otak dek kerana program ini lebih kepada santai menyantai. Kalau dalam bahasa Arab disebut Taaruf iaitu proses nak kenal2. Haha

Disini dengan sukacitanya, aku nak kongsikan pengalaman aku sepanjang menjadi peserta PORAM.

Wednesday, 21 October 2015

Koleksi Ceramah: Peranan Umat - Ustaz Long

Wednesday, October 21, 2015 0

Koleksi Ceramah: Ustaz Long - Peranan Umat


Untuk mempersiapkan diri kita untuk kembali pada Allah, kita ada 2 tugas,

Pertama, sebagai manusia of coz kita perlu worship Allah. Sebagai manusia kita perlu beribadat kepada Allah.

Kedua, sebagai ummat Muhammad SAW, kita perlu sambung fikir baginda, kita perlu sambung kerja baginda, kita perlu sambung risalah baginda.

Sunday, 4 October 2015

Tutorial Photoshop : Cara Buat Tulisan Melengkung (Logo Bulat)

Sunday, October 04, 2015 0
 BraderOuhsem Inc.
Assalamualaikum

Hari ni aku nak kongsikan kat korang macam mana caranya untuk menghasilkan tulisan melengkung. tengoklah macam logo kat atas ni. Cantik tak? Hoho

Tutorial kali ni aku pakai logo Starbucks Coffee sebagai rujukan. Memang aku belajar dari sifu aku pun dia ajar camne nak buat sebijik macam logo Starbucks. Haha. Tak nak cakap banyak lagi. Jom terjah!

Saturday, 3 October 2015

Senarai Website Yang Menawarkan Template Blog Secara Percuma

Saturday, October 03, 2015 0

Assalamualaikum.

         Kalau anda2 semua nak tahu, template blog sebenarnye memainkan peranan yang amat penting. Sesebuah blog yang menggunakan template yang bagus, kemas dan tersusun sudah semestinya akan membantu untuk tarik lebih ramai pengunjung. Jadi pilih aje template yang sedap mata memandang.

          "Macam mane ye nak tentukan templete mana yang bagus?"

Thursday, 1 October 2015

Tutorial Photoshop: Cara Buat Gambar Jadi Transparent

Thursday, October 01, 2015 0

Assalamualaikum.

Malam ni Boi nak kongsikan kat korang camne caranya nak hilangkan background dan buatkan gambar korang jadi transparent. Dengan erti kata yang lain, korang nak buang part yang korang tak nak. Contohnye korang ber'selfie' dalam toilet, tapi korang jadi segan sebab macam.... entah laa nak cakap cmne.. haha.. Maka teknik ni boleh digunakan. Nak belajar tak? Tapi aku ajar yang basic je la. Haha. Okayy, jom terjah!!

Wednesday, 24 December 2014

Percutian Family Day 2 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi (Part1)

Wednesday, December 24, 2014 0

Assalamualaikum

Beberapa hari yang lepas, penulis bersama-sama keluarga tercinta, ayah bonda, adik beradik, abang ipar dan kakak ipar telah berjaya mengadakan family gathering ataupun lebih sinonimnya, family day. Tempat percutian yang menjadi pilihan kami ialah sudah tentulah di Pulau Langkawi. Baca tajuk aje dah tahu kan. Ahha.

Bukan senang tau nak kumpul satu keluarga macam ni. Kalau hari raya puasa alhamdulillah masih bole berkumpul sama-sama. Tapi takkan la setahun sekali aje kan baru boleh nak kumpul sama-sama. Even raya haji pun belum tentu semua ada. Haha

Okay lah, aku cerita sikit pasal sinopsis dari cerita Langkawi ni. Cewahh, siap ade sinopsis pulak kan. Dah macam cerpen pulak entry aku kali ni. Hehe. Cadangan family day ni adalah originally dari kakak yang sulung, Kak Anna. Beliau cadangkan supaya akhir tahun buat family gathering pergi cuti-cuti, spend time together. Beliau pilih Pulau Langkawi sebab bonda tak pernah lagi jejakkan kaki ke Pulau Langkawi. Jadinya, opkoz la bonda eksaited nak pergi Langkawi!

Cerita aku pulak, aku kena travel dari Johor ke KL. Sebab nak naik flight sama-sama dengan kakak kat KLIA 2. Kakak and abang ipar stay kat Bangi. Hari khamis petang, 18.12.14, aku ride dari JB ke KL dengan moto kesayanganku. Cuaca pulak tak berapa baik menyebabkan aku ambil masa selama hampir 8 jam untuk sampai. Yelah kan, hujan lebat terpaksa la aku berhenti berteduh. Sampai Bangi dah pukul 10 malam.

Tiket flight pukul 6.30pm. So, pukul 5pm kitorang dah sampai dah kat KLIA2. Tiket flight AirAsia berharga RM200 pergi balik. Boleh aje kalau nak dapat murah lagi. Tips mudah ialah beli awal-awal dan pilih tarikh yang bukan cuti sekolah. Ataupun beli sewaktu ada promosi tambang murah. Ada membe pernah beli tiket ke Langkawi pergi balik hanya RM120 aje. Macam kitorang ni, pergi masa cuti sekolah hujung tahun, memang ler mahal.

Flight mengambil masa selama lebih kurang 45minit sehingga 1 jam. Sampai kat Langkawi dah pun masuk waktu maghrib. Yang lain tengah tunggu kitorang kat balai ketibaan. Diorang naik feri dari jeti Kuala Kedah ke Jeti Kuah. Then, lepas solat kitorang semua terus gerak mencari lokasi penginapan 2 hari 2 malam. Nama tempat penginapan tersebut ialah Bella Vista Apartment Langkawi. Lokasinya adalah di Pesiaran Mutiara, Pusat Dagangan Kelana Mas, Langkawi.

Gambar dari incik Google
Apartment ni ada 3 bilik. Satu bilik Master Bedroom, 1 bilik berdua, dan 1 bilik seorang. Kemudahan seperti dapur serta pinggan mangkuk, TV, peti sejuk, microwave, dan mesin basuh (tak pakai pun). Malam tu kitorang tak makan kat luar sebab family dah tapau makanan dari rumah. Macam-macam hado. Haha. Lepas makan ape lagi, masing-masing dah landing. Good night and sweet dream la jawabnye. Hoho.

Okaylah sambung Part 2 plak.. kakakaka

Tuesday, 30 September 2014

Photoshop Dispersion

Tuesday, September 30, 2014 0
Assalamualaikum
and hye hye hye

Harini nak belanja satu gambar yang aku dah edit
photo manipulation kali ni ialah dispersion type
using splatter brush

Ni gambar asal
Dah siap. Style kan? hehe

Setakat ni aku malas nak buat tutorial kat blog
So, for those yang berminat nak belajar dari aku
bagitau la, tak payah bayar pun
=)

Sekian dari amranz masterpiece
semoga berjumpa lagi k
Wassalam

*********************